Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 7:13 - Alkitab Versi Borneo

13 Aku terus memperhatikan dalam penglihatan pada malam hari itu. Tampaklah seorang seperti Anak Manusia datang dengan awan-awan langit. Dia sampai kepada Yang Abadi dan dibawa ke hadirat-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

13 Dalam penglihatanku pada malam itu, aku nampak sesuatu yang seperti manusia. Dia datang diliputi awan, lalu menghampiri Dia yang hidup selama-lamanya, dan dihadapkan kepada-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

13 Dalam penglihatanku pada malam itu, aku nampak sesuatu yang seperti manusia. Dia datang diliputi awan, lalu menghampiri Dia yang hidup selama-lamanya, dan dihadapkan kepada-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 7:13
39 Iomraidhean Croise  

TUHAN akan menghantar tongkat kekuatan-Mu dari Sion; memerintahlah di tengah-tengah musuh-Mu.


Mintalah daripada-Ku, Aku akan menjadikan segala bangsa warisan-Mu, dan setiap pelosok bumi milik-Mu.


Allah telah naik ke takhta-Nya diiringi sorak-sorai, Ya TUHAN yang diiringi bunyi nafiri.


Sesungguhnya, seperti singa datang dari belukar Sungai Yordan ke padang ragut yang subur, demikianlah secara tiba-tiba Aku akan membuat mereka lari dari sana. Sesiapa yang terpilih akan Kuangkat untuk memerintah mereka. Kerana siapakah seperti Aku? Siapakah yang berani mendakwa Aku? Siapakah gerangan gembala yang dapat bertahan di hadapan-Ku?


Di atas cakerawala yang terbentang di atas kepala mereka itu ada suatu wujud arasy serupa batu nilam, dan pada wujud arasy itu ada susuk yang kelihatan seperti manusia, menjulang di atasnya.


Pada zaman raja-raja itulah Allah semesta langit akan mendirikan sebuah kerajaan yang tidak akan binasa untuk selama-lamanya, dan pemerintahannya tidak akan beralih kepada bangsa lain. Kerajaan itu akan memecahkan dan meniadakan semua kerajaan lainnya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tegak untuk selama-lamanya.


Binatang-binatang yang lain pun dicabut kekuasaannya, tetapi dibenarkan hidup lama sedikit sampai waktu dan masa tertentu.


Demikianlah kata Daniel, “Tampaklah dalam penglihatanku pada malam hari keempat-empat angin dari langit menggelorakan laut yang besar.


sehingga datang Yang Abadi lantas memberikan keadilan kepada orang suci milik Yang Maha Tinggi. Maka tibalah waktunya bagi orang suci untuk memegang kerajaan itu.


Sambil aku melihat gambaran itu, ditempatkan pula takhta-takhta lantas bersemayamlah Yang Abadi. Pakaian-Nya putih seperti salji dan rambut di kepala-Nya bersih seperti bulu domba. Arasy-Nya merupakan api yang bernyala-nyala, dengan roda-rodanya daripada api yang berkobar.


Sewaktu aku, Daniel, sedang melihat penglihatan itu dan berusaha memahaminya, tiba-tiba berdirilah di hadapanku sesuatu yang serupa manusia.


Anak Manusia akan memerintahkan malaikat-Nya mengumpulkan semua dalam kalangan umat-Nya yang melakukan kejahatan dalam kerajaan-Nya dan yang menyebabkan orang berdosa.


Tanda Anak Manusia akan kelihatan di langit. Semua suku bangsa di bumi akan menangis melihat Anak Manusia dalam awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar.


“Apabila Anak Manusia datang dengan segala kemuliaan-Nya, diiringi sekalian malaikat suci, Dia akan duduk di atas takhta kemuliaan-Nya.


Yesus berkata kepadanya, “Benarlah seperti katamu. Namun demikian, Aku berkata kepadamu, kemudian hari kelak kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Yang Maha Kuasa, dan datang dalam awan di langit.”


Yesus datang dan berkata kepada mereka, “Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi.


Yesus berkata kepadanya, “Musang ada lubangnya dan burung di udara ada sarangnya, tetapi Anak Manusia tidak ada tempat untuk meletakkan kepala-Nya.”


Kemudian mereka akan melihat Anak Manusia datang dalam awan penuh dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar.


Lalu mereka akan melihat Anak Manusia datang dalam awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar.


Kamu hendaklah sentiasa berjaga-jaga dan berdoa supaya kamu diteguhkan untuk menghadapi segala perkara yang akan terjadi itu lalu dapat berdiri di hadirat Anak Manusia.”


Lalu Yesus menerangkan kepada mereka apa yang tersurat tentang-Nya dalam seluruh Kitab Suci mulai kitab-kitab Musa sehingga semua kitab para nabi yang lain.


Orang ramai berkata kepada Yesus, “Dalam hukum Taurat ada tersurat bahawa Kristus yang diutus Allah akan hidup selama-lamanya. Bagaimana kamu pula mengatakan bahawa Anak Manusia akan diangkat tinggi di atas bumi? Siapakah Anak Manusia itu?”


Tiada seorang pun pernah naik ke syurga, kecuali Anak Manusia yang turun dari syurga.


Bapa telah memberikan kuasa menghakimi kepada Anak-Nya, kerana Dia itu Anak Manusia.


Dia berkata, “Lihatlah! Aku nampak syurga terbuka dan Anak Manusia berdiri di sebelah kanan Allah!”


Kemudian kita yang masih hidup ketika itu akan diangkat bersama mereka ke awan untuk bertemu dengan Tuhan di angkasa. Lantas kita akan bersama Tuhan selama-lamanya.


Hanya Dia yang hidup selama-lamanya, wujud dalam cahaya yang tidak dapat didekati, tidak pernah dan tidak dapat dilihat manusia. Bagi-Nya penghormatan dan kuasa selama-lamanya. Amin.


Oleh sebab anak-anak itu telah mendapat tubuh manusia, Dia sendiri pun mendapatkannya, supaya melalui kematian Dia dapat memusnahkan Iblis yang berkuasa atas kematian,


Kristus tidaklah masuk ke tempat suci yang dibuat dengan tangan manusia, iaitu salinan tempat suci sejati. Dia telah masuk ke syurga itu sendiri, di hadirat Allah untuk kita.


Di tengah-tengah kaki pelita itu kelihatan suatu susuk seakan-akan Anak Manusia, berjubah labuh sampai ke kaki dan memakai seutas pending emas yang meliliti dada-Nya.


Akulah Dia yang hidup. Aku pernah mati, tetapi lihatlah, Aku hidup selama-lamanya. Aku memegang anak kunci kematian dan alam maut.


Lihatlah, Dia datang dalam awan! Seluruh umat manusia akan melihat-Nya, termasuk mereka yang telah menikam Dia. Semua suku bangsa di bumi akan berkabung kerana Dia. Ya, tentu sekali. Amin.


Tiba-tiba aku melihat awan putih dan di atasnya duduk seorang yang rupanya seperti Anak Manusia, bermahkota emas dan memegang sabit yang tajam.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan