Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 7:10 - Alkitab Versi Borneo

10 Sungai api mengalir, memancar dari hadapan-Nya. Beribu-ribu orang mengabdikan diri kepada-Nya dan berpuluh-puluh ribu orang siap sedia berkhidmat kepada-Nya. Bersidanglah medan pengadilan dan dibukalah kitab-kitab.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 dan api mengalir dari takhta-Nya. Beribu-ribu orang berada di situ untuk melayani Dia, dan berjuta-juta orang berdiri di hadapan-Nya. Kemudian mahkamah pengadilan memulakan pembicaraan, dan kitab-kitab dibuka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 dan api mengalir dari takhta-Nya. Beribu-ribu orang berada di situ untuk melayani Dia, dan berjuta-juta orang berdiri di hadapan-Nya. Kemudian mahkamah pengadilan memulakan pembicaraan, dan kitab-kitab dibuka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 7:10
26 Iomraidhean Croise  

Mikha berkata lagi, “Oleh sebab itu dengarlah firman TUHAN. Aku telah melihat TUHAN duduk di atas takhta-Nya, sementara seluruh angkatan syurga berdiri di sebelah kanan dan kiri-Nya.


Mikha berkata lagi, “Oleh sebab itu dengarlah firman TUHAN. Aku telah melihat TUHAN duduk di atas takhta-Nya, sementara seluruh angkatan syurga berdiri di sebelah kanan dan kiri-Nya.


Dapatkah pasukan-Nya dikira? Atas siapakah cahaya-Nya tidak terbit?


Pujilah TUHAN, hai semua angkatan syurga-Nya, kamu para hamba-Nya yang melakukan apa yang diredai-Nya.


Asap naik dari hidung-Nya, dan api daripada mulut-Nya menghanguskan, dan bara menyala keluar daripada-Nya.


Allah kita, akan datang dan tidak akan berdiam diri; api yang membakar mendahului-Nya, ribut yang kencang mengelilingi-Nya.


Allah memiliki dua puluh ribu pedati malah ribuan ribu; datangnya Tuhan ke Sinai, ke tempat suci.


Sesungguhnya, kemasyhuran TUHAN tersiar dari jauh. Murka-Nya menyala-nyala dan asap bergumpal-gumpal. Titah-Nya penuh dengan amarah dan sabda-Nya seperti api yang menghanguskan.


Tempat pembakaran telah ditata sejak dahulu, ya, itu disiapkan untuk raja. Tempat itu dalam dan luas, timbunannya penuh api dan kayu. Nafas TUHAN yang laksana sungai belerang, akan menyalakannya.


“Pada waktu itu akan muncul Mikhail, malaikat penjaga yang besar, yang bertugas mengawasi anak-anak bangsamu. Akan ada masa kesesakan yang belum pernah terjadi sejak permulaan bangsa itu sehingga waktu itu. Tetapi pada waktu itu bangsamu sendiri, yakni semua orang yang namanya tercatat dalam kitab itu akan terselamat.


sehingga datang Yang Abadi lantas memberikan keadilan kepada orang suci milik Yang Maha Tinggi. Maka tibalah waktunya bagi orang suci untuk memegang kerajaan itu.


Tetapi dewan pengadilan akan bersidang dan kuasa pemerintahannya akan dicabut lantas punah dan binasa sampai selamanya.


Kamu akan lari melalui lembah pergunungan-Ku itu, sebab lembah pergunungan itu akan sampai ke Azal. Kamu akan lari seperti kamu pernah lari kerana gempa bumi pada zaman Uzia, raja Yehuda. Kemudian TUHAN, Allahku, akan datang bersama-sama semua orang suci-Nya.


“Apabila Anak Manusia datang dengan segala kemuliaan-Nya, diiringi sekalian malaikat suci, Dia akan duduk di atas takhta kemuliaan-Nya.


Katanya, “TUHAN datang dari Sinai dan menunjukkan diri-Nya kepada orang Israel dari Seir. Hadirat-Nya tampak bersinar dari Gunung Paran; datang-Nya dari antara puluhan ribu orang suci. Di sebelah kanan-Nya ada api yang menyala bagi mereka.


Bukankah semua malaikat itu roh-roh pelayan yang dihantar untuk melayani manusia yang akan mewarisi penyelamatan?


Tetapi kamu telah datang ke Gunung Sion dan ke kota Allah yang hidup, Yerusalem yang di syurga, kepada para malaikat yang tidak terkira banyaknya,


Henokh, keturunan ketujuh daripada Adam, pernah bernubuat tentang mereka: “Lihatlah, Tuhan akan datang dengan ribuan malaikat-Nya yang suci.


Bangsa-bangsa asing marah, maka datanglah kemurkaan-Mu, dan masanya untuk orang mati dihakimi, dan Engkau memberi ganjaran kepada hamba-hamba-Mu, para nabi dan orang salih, serta manusia kecil dan besar yang takut akan Nama-Mu. Dan Engkau membinasakan mereka yang membinasakan bumi.”


Aku melihat lagi. Aku mendengar suara ribuan dan jutaan malaikat. Mereka berdiri mengelilingi takhta, empat makhluk dan para tua-tua.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan