Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 7:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Pada tahun yang pertama dalam zaman pemerintahan Belsyazar, raja Babel, Daniel mendapat mimpi dan penglihatan ketika dia berbaring di tempat tidurnya. Lalu dicatatkannya mimpi itu dan inilah garis besarnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pada suatu malam, pada tahun pertama masa pemerintahan Raja Belsyazar sebagai raja Babilonia, aku bermimpi dan mendapat satu penglihatan. Aku mencatat mimpi itu dan inilah

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pada suatu malam, pada tahun pertama masa pemerintahan Raja Belsyazar sebagai raja Babilonia, aku bermimpi dan mendapat satu penglihatan. Aku mencatat mimpi itu dan inilah

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 7:1
34 Iomraidhean Croise  

Sesudah berbagai-bagai peristiwa itu, datanglah firman TUHAN kepada Abram dalam suatu penglihatan demikian, “Jangan takut, Abram, Akulah perisaimu. Pahalamu akan sangat besar.”


Lalu Allah berfirman kepada Israel dalam penglihatan pada malam hari, “Yakub, Yakub.” Jawabnya, “Ya, aku ada di sini.”


Dalam kegelisahan kerana penglihatan pada malam hari, ketika tidur yang lelap melanda manusia,


Sekarang pergilah, tuliskanlah hal itu bagi mereka pada sebuah loh, dan suratkanlah dalam sebuah kitab, supaya itu menjadi kesaksian untuk masa yang akan datang, untuk selama-lamanya.


TUHAN berfirman kepadaku, “Ambillah sebuah batu tulis yang besar dan pahatkanlah di atasnya dengan huruf-huruf biasa: Maher-Syalal Has-Bas.”


Biarlah nabi yang mendapat mimpi menceritakan mimpinya! Tetapi sesiapa mendapat firman-Ku, biarlah dia menyampaikan firman-Ku itu dengan benar! Apakah sangkut-paut jerami dengan gandum?” demikianlah firman TUHAN.


Segala bangsa akan takluk kepadanya, kepada anaknya, dan kepada cucunya, sampailah tiba waktu negerinya sendiri jatuh. Pada waktu itu, banyak bangsa dan raja besar akan menaklukkannya.


Maka Yeremia mengambil sebuah gulungan lain dan memberikannya kepada jurutulis Barukh anak Neria. Di dalamnya Barukh menulis secara langsung segala perkataan yang dituturkan Yeremia daripada kitab yang dibakar habis oleh Yoyakim, raja Yehuda. Banyak perkataan serupa ditambahkan pula di dalamnya.


Maka Yeremia memanggil Barukh anak Neria, dan sementara Yeremia menuturkan segala firman yang telah disampaikan TUHAN kepadanya, Barukh menulisnya secara langsung dalam gulungan kitab itu.


Pada tahun ketiga puluh, tepatnya pada hari kelima dalam bulan keempat, ketika aku berada di antara orang buangan di tepi Sungai Kebar, langit terbuka dan aku mendapat penglihatan tentang Allah


Dalam penglihatan bersifat ilahiah, Dia membawa aku ke Tanah Israel dan menempatkan aku di atas sebuah gunung yang amat tinggi. Di atas gunung itu tampak bentuk sebuah kota di sebelah selatan.


Kepada keempat-empat orang muda itu Allah mengurniakan pengetahuan dan kemahiran tentang berbagai-bagai tulisan dan ilmu sementara Daniel sendiri dapat memahami berbagai-bagai penglihatan dan mimpi.


Pada tahun yang kedua dalam zaman pemerintahannya, Raja Nebukadnezar mendapat mimpi lantas hatinya amat resah dan dia susah tidur.


Tanya raja kepada Daniel, yang juga dinamai Beltsazar, “Sanggupkah engkau memberitahukan kepadaku mimpi yang telah kulihat itu dengan tafsirannya?”


Dalam penglihatan yang kudapat sewaktu aku berbaring di peraduanku itu tampaklah seorang malaikat pengawal, seorang yang suci, turun dari langit.


Aku mendapat mimpi yang membuat aku takut. Sewaktu aku berbaring di peraduan, khayalan dan penglihatan yang kudapat membuat aku resah.


Raja Belsyazar mengadakan jamuan besar bagi seribu orang pembesarnya dan dia meminum-minum air anggur di hadapan seribu orang itu.


Namun begitu, tuanku, anaknya, Belsyazar, keturunannya, masih tidak merendahkan hati sungguhpun tuanku mengetahui semua hal itu.


Pada malam itu juga Belsyazar, raja orang Kasdim, dibunuh.


Aku terus memperhatikan dalam penglihatan pada malam hari itu. Tampaklah seorang seperti Anak Manusia datang dengan awan-awan langit. Dia sampai kepada Yang Abadi dan dibawa ke hadirat-Nya.


Adapun aku, Daniel, jiwaku risau dan cemas manakala penglihatan dalam fikiranku itu meresahkan aku.


Setelah itu, aku terus memperhatikan dalam penglihatan pada malam hari itu. Tampaklah binatang keempat yang menakutkan, dahsyat, dan amat kuat. Ada dua baris giginya yang besar dan daripada besi. Dia melahap dan meremukkan mangsa, lalu sisanya diinjak-injaknya dengan kaki. Dia berbeza daripada semua binatang yang terdahulu dan dia ada sepuluh batang tanduk.


Pada tahun ketiga dalam zaman pemerintahan Raja Belsyazar, tampaklah kepadaku, Daniel, suatu penglihatan selepas penglihatan yang kulihat sebelumnya.


Setelah itu, akan berlaku, bahawa Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia, sehingga anakmu lelaki perempuan akan bernubuat, orang tuamu akan bermimpi, dan orang mudamu akan melihat penglihatan.


Sesungguhnya, Tuhan Allah tidak akan melakukan sesuatu tanpa menyingkapkan rahsia-Nya kepada para nabi, hamba-hamba-Nya.


Lalu TUHAN menjawab aku demikian, “Tulislah penglihatan itu dengan jelas pada papan-papan loh, supaya orang yang berlari pun dapat membacanya.


Firman-Nya, “Dengarlah firman-Ku ini: Jika ada seorang nabi TUHAN dalam kalangan kamu, maka Aku akan menyatakan diri-Ku kepadanya melalui penglihatan, dan Aku akan berfirman kepadanya dalam mimpi.


Segala yang tersurat pada masa dahulu adalah untuk menjadi pengajaran kepada kita, supaya melalui kesabaran dan penghiburan daripada Kitab Suci itu kita mendapat harapan.


Tentu sekali tiada faedahnya aku berbangga. Aku akan menceritakan penglihatan dan wahyu yang kudapati daripada Tuhan.


Oleh itu, tuliskanlah apa yang kaulihat, baik yang ada sekarang mahupun yang akan terjadi.


Sebaik-baik tujuh guruh itu berkata-kata, aku hendak mencatat kata-katanya. Tetapi kudengar suara dari syurga berkata kepadaku, “Materaikan segala yang dikatakan oleh tujuh guruh itu, jangan dituliskan.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan