Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 6:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Akibatnya, para penyelia lain itu serta para wakil raja berusaha mencari alasan untuk menjatuhkan Daniel dalam hal pemerintahan. Akan tetapi, mereka tidak dapat sesuatu alasan atau kesalahan sedemikian lantaran kesetiaan Daniel, bahkan tidak didapati sesuatu kesilapan atau kesalahan padanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Lalu ternyatalah pekerjaan Daniel lebih baik daripada pengawas ataupun gabenor yang lain-lain itu. Kerana Daniel begitu cekap, raja ingin melantik dia menjadi penguasa seluruh kerajaan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Lalu ternyatalah pekerjaan Daniel lebih baik daripada pengawas ataupun gabenor yang lain-lain itu. Kerana Daniel begitu cekap, raja ingin melantik dia menjadi penguasa seluruh kerajaan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 6:4
32 Iomraidhean Croise  

Lalu kata Firaun kepada para pegawainya, “Bolehkah kita mencari orang seperti itu, yang dipenuhi kehadiran roh Allah?”


Para saudara itu menjadi ketakutan kerana mereka dibawa masuk ke rumah Yusuf. Kata mereka, “Kita dibawa masuk atas sebab wang yang dikembalikan ke dalam karung kita dahulu. Dia hendak menuduh kita, menangkap kita, menjadikan kita hamba-hambanya, serta mengambil keldai-keldai kita pula.”


Orang yang tidak adil adalah kekejian bagi orang benar, dan orang yang lurus jalannya dipandang keji oleh orang durjana.


Dan aku melihat segala usaha jerih payah dan segala kemahiran dalam pekerjaan itu berpunca daripada iri hati seseorang terhadap jirannya. Maka itu jua kesia-siaan dan usaha menjaring angin.


Mereka berkata, “Mari kita membuat rancangan untuk menentang Yeremia, kerana tidak akan hilang pengajaran Taurat daripada imam, begitu pula nasihat daripada orang bijak atau firman daripada nabi. Mari kita menyerang dia dengan kata-kata. Jangan dengarkan segala perkataannya.”


Tetapi Engkau, ya TUHAN, mengetahui segala rancangan mereka untuk membunuh aku. Janganlah kiranya Kauampunkan kesalahan mereka, dan jangan hapuskan dosa mereka dari hadapan-Mu, tetapi biarlah mereka tersandung di hadapan-Mu. Bertindaklah terhadap mereka pada masa kemurkaan-Mu.


Aku mendengar banyak bisikan orang: “Kegentaran dari segala jurusan! Adukanlah dia! Kami pun mahu mengadukannya!” Semua sahabat karibku menunggu kejatuhanku, “Mudah-mudahan dia terperdaya, sehingga kami dapat mengalahkan dia dan membalas dia.”


Ikhtiarkanlah kesejahteraan kota tempat Aku membuang kamu. Berdoalah kepada TUHAN untuk kota itu, kerana kesejahteraannya ialah kesejahteraanmu.’


Pada waktu itu juga, datanglah beberapa orang Kasdim melontarkan tuduhan terhadap orang Yahudi.


Memang pada orang itu didapati roh yang luar biasa, pengetahuan, dan akal budi untuk mentafsirkan mimpi, memecahkan teka-teki, dan menghuraikan persoalan yang sulit. Dialah Daniel yang diberi nama Beltsazar oleh sang raja. Sekarang, biarlah Daniel dipanggil, maka dia akan memberitahukan tafsiran tulisan itu.”


Allah yang hamba sembah telah mengutus malaikat-Nya untuk mengatupkan mulut singa-singa ini sehingga tidak dapat menghancurkan hamba, kerana hamba didapati tidak bersalah di hadapan-Nya. Di hadapan Tuanku Raja juga hamba tidak melakukan kejahatan.”


Mereka berpakat untuk memerangkap Yesus secara tipu daya dan membunuh-Nya.


Gabenor itu tahu bahawa mereka telah menyerahkan Yesus kepadanya kerana iri hati.


Mereka menunggu peluang. Lalu mereka mengutus beberapa orang supaya berpura-pura ikhlas untuk memerangkap Yesus dengan mengemukakan pertanyaan tertentu supaya mereka dapat menyerahkan Yesus ke dalam kekuasaan dan bidang kuasa pemerintah.


Mereka tidak dapat memerangkap Yesus mengenai apa yang Dia katakan di hadapan orang ramai itu. Maka mereka diam sahaja kerana kagum akan jawapan-Nya.


Ketua-ketua imam dan ahli-ahli Taurat sedang mencari jalan untuk membunuh Yesus secara diam-diam kerana mereka takut akan orang ramai itu.


Pilatus keluar lagi dan berkata kepada mereka, “Lihat, aku bawa Dia kepadamu, supaya kamu tahu aku mendapati Dia tidak bersalah sama sekali.”


Tetapi aku akan terus melakukan apa yang kulakukan sekarang, untuk menutup peluang bagi mereka yang mencari peluang supaya dianggap sama dengan kami dalam hal-hal yang dibanggakan mereka.


supaya dirimu tidak beraib dan bersalah, dan kamu menjadi anak-anak Allah yang tidak bercela antara manusia. Dalam zaman yang penuh tipu daya dan perbuatan songsang, maka terserlahlah kamu seperti bintang dalam dunia,


Oleh yang demikian aku mahu balu muda berkahwin lagi, mendapat anak dan mengurus rumah tangga, supaya musuh tidak dapat memburukkan nama kita;


dan gunakan kata-kata bijak yang tidak dapat dicela, supaya musuhmu malu kerana gagal mencari kesalahan kita.


Amalkan kelakuan yang mulia, maka apabila orang di kelilingmu yang tidak mengenal Allah mengata kamu berbuat jahat, mereka tetap melihat perbuatanmu yang baik lalu memuliakan Allah pada waktu Tuhan datang kembali.


serta dengan suara hati yang murni. Dengan demikian mereka yang mencela kelakuan baikmu dalam Kristus akan berasa malu.


Tetapi ayah dan ibunya tidak tahu bahawa hal itu berasal daripada TUHAN kerana Dia sedang mencari peluang untuk memerangi orang Filistin yang memerintah orang Israel pada masa itu.


Jawab mereka, “Engkau tidak pernah menipu kami dan tidak pernah menindas kami ataupun menerima apa-apa daripada tangan sesiapa pun.”


dan dia berhasil dalam segala tugas yang dijalankannya kerana TUHAN menyertainya.


Jawab Ahimelekh kepada raja, “Tetapi siapakah antara semua pegawai tuanku yang begitu dipercayai seperti Daud? Apatah lagi, selain menjadi menantu raja, dia juga ketua para pengawal tuanku dan dihormati di dalam istana tuanku.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan