Daniel 6:2 - Alkitab Versi Borneo2 Di atas mereka ada tiga orang penyelia dan seorang daripada mereka ialah Daniel. Kepada tiga orang penyelia itulah para wakil raja bertanggungjawab supaya raja tidak mendapat sebarang kerugian. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)2 Raja Darius membahagi kerajaannya kepada seratus dua puluh wilayah, yang setiapnya diperintah oleh seorang gabenor. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik2 Raja Darius membahagi kerajaannya kepada seratus dua puluh wilayah, yang setiapnya diperintah oleh seorang gabenor. Faic an caibideil |
Lalu aku mendengar tentang engkau, bahawa engkau sanggup memberikan tafsiran dan menghuraikan persoalan yang sulit. Sekarang, jika engkau sanggup membaca tulisan itu dan memberitahukan tafsirannya kepadaku, maka kepadamu akan dipakaikan pakaian ungu dan lehermu akan dikalungkan rantai emas. Engkau akan menjadi pemerintah yang ketiga dalam kerajaan ini.”
Raja berseru dengan suara nyaring supaya para ahli mantera, orang Kasdim, dan para jurufaal dibawa menghadap. Kata raja kepada orang bijak di Babel itu, “Sesiapa pun yang dapat membaca tulisan ini dan memberitahukan tafsirannya kepadaku, kepadanya akan dipakaikan pakaian ungu dan lehernya akan dikalungkan rantai emas. Dia akan menjadi pemerintah yang ketiga dalam kerajaan ini.”
Jadi, demikianlah firman TUHAN, Allah Israel, ‘Aku memang telah berfirman bahawa keluargamu dan keluarga leluhurmu akan hidup di hadapan-Ku untuk selama-lamanya,’ tetapi sekarang, demikianlah firman TUHAN, ‘jauhlah hal itu daripada-Ku! Orang yang memuliakan-Ku akan Kumuliakan, dan orang yang meremehkan Aku akan dipandang hina.