Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 5:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Raja berseru dengan suara nyaring supaya para ahli mantera, orang Kasdim, dan para jurufaal dibawa menghadap. Kata raja kepada orang bijak di Babel itu, “Sesiapa pun yang dapat membaca tulisan ini dan memberitahukan tafsirannya kepadaku, kepadanya akan dipakaikan pakaian ungu dan lehernya akan dikalungkan rantai emas. Dia akan menjadi pemerintah yang ketiga dalam kerajaan ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Raja berteriak memanggil para ahli sihir, orang berilmu, dan ahli nujum. Apabila mereka menghadap, raja bertitah kepada mereka, “Sesiapa yang dapat membaca tulisan itu serta mentafsirkannya akan diberikan pakaian diraja, iaitu jubah ungu dan kalung emas tanda kebesaran. Orang itu akan dilantik menjadi penguasa ketiga dalam kerajaan ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Raja berteriak memanggil para ahli sihir, orang berilmu, dan ahli nujum. Apabila mereka menghadap, raja bertitah kepada mereka, “Sesiapa yang dapat membaca tulisan itu serta mentafsirkannya akan diberikan pakaian diraja, iaitu jubah ungu dan kalung emas tanda kebesaran. Orang itu akan dilantik menjadi penguasa ketiga dalam kerajaan ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 5:7
28 Iomraidhean Croise  

Maka pada pagi harinya resahlah hatinya. Dia mengerah orang untuk memanggil semua ahli ilmu ghaib Mesir serta semua orang berilmu, lalu menceritakan mimpinya kepada mereka. Namun begitu tiada seorang pun dapat mentafsirkannya untuk Firaun.


Beberapa waktu sesudah berbagai-bagai peristiwa itu, Raja Ahasyweros mengurniakan kebesaran kepada bani Agag iaitu Haman anak Hamedata. Dengan demikian, baginda meninggikannya serta menetapkan kedudukannya di atas semua pembesar baginda.


Kemudian Firaun memanggil orang berilmu serta para ahli sihir. Mereka, iaitu para ahli ilmu sihir Mesir itu, menggunakan ilmu mereka lalu turut membuat perkara yang sama.


kerana segalanya hiasan indah kepalamu, dan kalung bagi lehermu.


Comelnya pipimu dengan perhiasan dan lehermu yang dikalungkan manik-manik.


Engkau melelahkan diri dengan banyak nasihat. Biarlah ahli-ahli nujum, para penilik bintang yang meramal tiap-tiap bulan, tampil dan menyelamatkan engkau daripada hal-hal yang akan menimpamu!


“Pedang terhunus terhadap orang Kasdim,” demikianlah firman TUHAN, “terhadap penduduk Babel, terhadap pembesar dan terhadap orang yang bijak.


Kemudian Aku menghiasi engkau dengan pelbagai perhiasan dan mengenakan gelang pada tanganmu serta kalung pada lehermu.


Dalam segala hal berkenaan hikmah dan pengertian yang ditanyakan raja kepada mereka, raja mendapati mereka sepuluh kali lebih handal daripada semua ahli ilmu ghaib dan ahli mantera di seluruh kerajaannya.


Mereka itu haruslah orang muda yang sama sekali tidak ada cacat-cela, bagus perawakan, memahami segala kebijaksanaan, berpengetahuan luas, mengerti ilmu, dan yang berkemampuan untuk berkhidmat di dalam istana raja. Mereka harus diajar tulisan dan bahasa orang Kasdim.


Raja memanggil para ahli ilmu ghaib, para ahli mantera, para tukang faal, dan orang Kasdim untuk memberitahunya apa yang dimimpinya itu. Maka datanglah mereka dan berdiri di hadapan raja.


Jawab Daniel kepada raja, “Rahsia yang ditanyakan Raja tidak dapat diberitahukan kepada Raja oleh orang bijak, ahli mantera, ahli ilmu ghaib, dan jurufaal.


Kemudian raja menjadikan Daniel orang besar dan mengurniakan kepadanya pemberian yang amat banyak. Dia menjadikan Daniel penguasa atas seluruh Wilayah Babel dan ketua atas semua orang bijak di Babel.


Tetapi jika kamu memberitahukan mimpi itu dengan tafsirannya, maka kamu akan menerima pemberian, hadiah, dan kehormatan besar daripadaku. Oleh sebab itu, beritahukanlah kepadaku mimpi itu dengan tafsirannya!”


Dia berseru dengan suara nyaring dan berkata demikian, “Tebanglah pokok itu dan potonglah cabang-cabangnya. Gugurkanlah daunnya dan hamburkanlah buahnya. Biarlah binatang-binatang lari dari bawah naungannya, dan burung-burung dari cabang-cabangnya.


Dalam kerajaan tuanku ada seorang yang memiliki roh tuhan yang suci. Pada zaman leluhur tuanku telah didapati bahawa orang itu mempunyai wawasan, akal budi, dan kebijaksanaan seperti kebijaksanaan tuhan. Raja Nebukadnezar, leluhur tuanku, ya, leluhur tuanku, sang raja itu, menjadikan dia ketua para ahli ilmu ghaib, para ahli mantera, orang Kasdim, dan para jurufaal.


Saat ini orang bijak dan para ahli mantera telah dibawa menghadap aku supaya mereka membaca tulisan ini dan memberitahukan tafsirannya kepadaku, tetapi mereka tidak sanggup memberitahukan tafsiran perkataan itu.


Lalu aku mendengar tentang engkau, bahawa engkau sanggup memberikan tafsiran dan menghuraikan persoalan yang sulit. Sekarang, jika engkau sanggup membaca tulisan itu dan memberitahukan tafsirannya kepadaku, maka kepadamu akan dipakaikan pakaian ungu dan lehermu akan dikalungkan rantai emas. Engkau akan menjadi pemerintah yang ketiga dalam kerajaan ini.”


Setelah itu, Belsyazar memberikan perintah supaya pakaian ungu dipakaikan kepada Daniel, rantai emas dikalungkan pada lehernya, dan dinobatkan sebagai pemerintah yang ketiga dalam kerajaan itu.


kerana aku akan memberi hormat kepada kamu setinggi-tingginya. Apa pun yang kamu minta kepadaku akan aku lakukan. Oleh sebab itu datanglah ke mari dan kutuklah bangsa itu bagiku.’ ”


Kemudian, dengan membawa upah bagi penelahan mereka, berangkatlah tua-tua Moab dan Midian, lalu sampainya mereka di tempat Bileam maka mereka pun menyampaikan pesan Balak kepadanya.


Sekarang, nyahlah kamu! Pulanglah ke tempatmu! Aku pernah berkata bahawa aku akan membuat kamu kaya. Tetapi lihat, TUHAN tidak mengizinkan kamu memperoleh kekayaan itu.”


Kata orang Israel, “Adakah kamu lihat orang yang sedang mara itu? Sememangnya dia mara untuk mencemuh orang Israel. Raja akan menganugerahi orang yang dapat membunuhnya dengan kekayaan yang besar. Kepadanya akan dikurniakan puteri baginda, dan keluarganya akan dibebaskan daripada membayar cukai di Israel.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan