Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 5:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Lalu dibawalah wadah-wadah emas yang telah diangkut dari Bait Suci, yakni Rumah Allah di Yerusalem. Lalu raja, para pembesarnya, para isteri dan para gundiknya minum daripada wadah itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Dengan serta-merta mangkuk-mangkuk itu dibawa masuk, dan mereka semua minum wain daripada mangkuk-mangkuk itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Dengan serta-merta mangkuk-mangkuk itu dibawa masuk, dan mereka semua minum wain daripada mangkuk-mangkuk itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 5:3
11 Iomraidhean Croise  

Segala alat kelengkapan Rumah Allah, baik besar mahupun kecil, perbendaharaan rumah TUHAN, serta perbendaharaan raja dan para pembesarnya, semuanya dibawanya ke Babel.


Oleh sebab itu alam kubur memperbesar nafsunya dan mengangakan mulutnya tanpa batas, sehingga ke dalamnya turun semarak Yerusalem, khalayak ramainya, keriuhan temasyanya, dan orangnya yang bersuka ria.


Terdengar suara orang yang melarikan diri dan yang terselamat dari Tanah Babel, memberitahukan di Sion tentang pembalasan TUHAN, Allah kita, pembalasan kerana Bait Suci-Nya.


Sambil mengecap air anggur itu, Belsyazar menitahkan supaya orang membawa ke hadapannya wadah-wadah emas dan perak yang telah diangkut oleh Nebukadnezar, leluhurnya, dari Bait Suci di Yerusalem, supaya para pembesarnya, isteri-isterinya, dan gundik-gundiknya dapat minum daripada wadah itu.


Sebaliknya, tuanku meninggikan diri terhadap Tuhan semesta langit dan menyuruh membawa wadah-wadah dari Bait-Nya kepada tuanku. Lalu tuanku, para pembesar tuanku, para isteri dan para gundik tuanku, minum air anggur daripada wadah itu. Tuanku memuji tuhan-tuhan yang dibuat daripada perak, emas, gangsa, besi, kayu, dan batu yang tidak dapat melihat, mendengar, atau mengetahui sesuatu. Tetapi Allah yang memegang nafas tuanku dan segala jalan hidup tuanku tidak tuanku besarkan.


Mereka minum air anggur dan memuji tuhan-tuhan yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, besi, kayu, dan batu.


Dia tidak sedar bahawa Akulah yang mengurniakan kepadanya gandum, air anggur, dan minyak, juga memperbanyak baginya perak dan emas, yang dipakai mereka untuk menyembah Baal.


Kemudian, laksana tiupan angin, mereka bergegas pergi. Kesalahan mereka ialah kerana mendewa-dewakan kekuatan diri sendiri.”


“Tetapi kamu mencemarinya dengan berfikir, ‘Meja Tuhan itu cemar dan makanan yang ada di situ boleh dihina.’


Ketika orang berkata, “Segalanya aman tenteram,” maka ketika itulah mereka akan ditimpa kebinasaan dalam sekelip mata, seperti seorang perempuan ditimpa rasa sakit semasa akan melahirkan anak. Tiada siapa pun dapat melepaskan diri.


Terjadilah pada zaman ketika tiada raja memerintah Israel, di bahagian paling terpencil di pergunungan Efraim tinggal seorang Lewi yang mengambil seorang gundik dari Betlehem-Yehuda.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan