Daniel 5:2 - Alkitab Versi Borneo2 Sambil mengecap air anggur itu, Belsyazar menitahkan supaya orang membawa ke hadapannya wadah-wadah emas dan perak yang telah diangkut oleh Nebukadnezar, leluhurnya, dari Bait Suci di Yerusalem, supaya para pembesarnya, isteri-isterinya, dan gundik-gundiknya dapat minum daripada wadah itu. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)2 Dalam keadaan mabuk, Raja Belsyazar memberikan perintah untuk mengambil mangkuk-mangkuk yang dibuat daripada emas dan perak yang dirampas ayahandanya, Raja Nebukadnezar dari Rumah TUHAN di Yerusalem. Raja Belsyazar meminta mangkuk-mangkuk itu agar baginda, para pembesarnya, serta semua isteri dan gundik raja dapat minum dari mangkuk-mangkuk itu. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik2 Dalam keadaan mabuk, Raja Belsyazar memberikan perintah untuk mengambil mangkuk-mangkuk yang dibuat daripada emas dan perak yang dirampas ayahandanya, Raja Nebukadnezar dari Rumah TUHAN di Yerusalem. Raja Belsyazar meminta mangkuk-mangkuk itu agar baginda, para pembesarnya, serta semua isteri dan gundik raja dapat minum dari mangkuk-mangkuk itu. Faic an caibideil |
Bahkan segala kelengkapan emas dan perak daripada Rumah Allah, yang dahulunya diambil oleh Nebukadnezar dari Bait Suci di Yerusalem dan yang kemudiannya dibawa ke dalam kuil di Babel, seluruhnya diambil oleh Raja Kores dari kuil di Babel dan diserahkan kepada seorang bernama Sesbazar, yang diangkatnya menjadi pembesar.
Dalam kerajaan tuanku ada seorang yang memiliki roh tuhan yang suci. Pada zaman leluhur tuanku telah didapati bahawa orang itu mempunyai wawasan, akal budi, dan kebijaksanaan seperti kebijaksanaan tuhan. Raja Nebukadnezar, leluhur tuanku, ya, leluhur tuanku, sang raja itu, menjadikan dia ketua para ahli ilmu ghaib, para ahli mantera, orang Kasdim, dan para jurufaal.
Sebaliknya, tuanku meninggikan diri terhadap Tuhan semesta langit dan menyuruh membawa wadah-wadah dari Bait-Nya kepada tuanku. Lalu tuanku, para pembesar tuanku, para isteri dan para gundik tuanku, minum air anggur daripada wadah itu. Tuanku memuji tuhan-tuhan yang dibuat daripada perak, emas, gangsa, besi, kayu, dan batu yang tidak dapat melihat, mendengar, atau mengetahui sesuatu. Tetapi Allah yang memegang nafas tuanku dan segala jalan hidup tuanku tidak tuanku besarkan.