Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 5:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Memang pada orang itu didapati roh yang luar biasa, pengetahuan, dan akal budi untuk mentafsirkan mimpi, memecahkan teka-teki, dan menghuraikan persoalan yang sulit. Dialah Daniel yang diberi nama Beltsazar oleh sang raja. Sekarang, biarlah Daniel dipanggil, maka dia akan memberitahukan tafsiran tulisan itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Dia mempunyai kebolehan yang luar biasa. Dia bijak dan pandai mentafsirkan mimpi, menjawab teka-teki, serta menyatakan rahsia. Nama orang itu Daniel, tetapi raja menamakan dia Beltsazar. Panggillah dia. Dia akan mentafsirkan tulisan itu bagi tuanku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Dia mempunyai kebolehan yang luar biasa. Dia bijak dan pandai mentafsirkan mimpi, menjawab teka-teki, serta menyatakan rahsia. Nama orang itu Daniel, tetapi raja menamakan dia Beltsazar. Panggillah dia. Dia akan mentafsirkan tulisan itu bagi tuanku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 5:12
16 Iomraidhean Croise  

Dan orang salih di bumi ini, merekalah manusia terpuji yang membuatku sukacita.


Orang benar menjadi panduan bagi jirannya, tetapi jalan orang durjana menyesatkan mereka.


Orang yang berpengetahuan mengawal kata-katanya, dan orang yang berpengertian tenang jiwanya.


Memang, engkau lebih bijaksana daripada Daniel. Tidak suatu rahsia pun terlindung daripadamu.


Kepada keempat-empat orang muda itu Allah mengurniakan pengetahuan dan kemahiran tentang berbagai-bagai tulisan dan ilmu sementara Daniel sendiri dapat memahami berbagai-bagai penglihatan dan mimpi.


Ketua pegawai istana itu memberikan nama baru kepada mereka. Daniel dinamakannya Beltsazar, Hananya dinamakannya Sadrakh, Misael dinamakannya Mesakh, dan Azarya dinamakannya Abednego.


Tanya raja kepada Daniel, yang juga dinamai Beltsazar, “Sanggupkah engkau memberitahukan kepadaku mimpi yang telah kulihat itu dengan tafsirannya?”


Setelah itu, Daniel, yang juga dinamai Beltsazar, tertegun buat seketika dan segala fikirannya membuatnya resah. Kata raja, “Beltsazar, janganlah resah kerana mimpi itu dan tafsirannya.” Jawab Beltsazar, “Ya tuanku, biarlah mimpi itu terjadi ke atas orang yang membenci tuanku dan tafsirannya ke atas musuh-musuh tuanku!


Akhirnya Daniel datang menghadap aku. Dia ini dinamai Beltsazar, menurut nama tuhanku, dan roh tuhan yang suci ada padanya. Aku menceritakan kepadanya mimpi itu, demikian,


Aku mendengar tentang engkau, bahawa roh tuhan ada padamu, dan juga kamu memiliki wawasan, akal budi, serta kebijaksanaan yang luar biasa.


Lalu aku mendengar tentang engkau, bahawa engkau sanggup memberikan tafsiran dan menghuraikan persoalan yang sulit. Sekarang, jika engkau sanggup membaca tulisan itu dan memberitahukan tafsirannya kepadaku, maka kepadamu akan dipakaikan pakaian ungu dan lehermu akan dikalungkan rantai emas. Engkau akan menjadi pemerintah yang ketiga dalam kerajaan ini.”


Terbukti betapa Daniel lebih menonjol daripada dua orang lagi penyelia itu dan juga para wakil raja, kerana padanya ada roh yang luar biasa hinggakan raja berancangan mengangkat dia untuk memerintah seluruh kerajaannya.


Akibatnya, para penyelia lain itu serta para wakil raja berusaha mencari alasan untuk menjatuhkan Daniel dalam hal pemerintahan. Akan tetapi, mereka tidak dapat sesuatu alasan atau kesalahan sedemikian lantaran kesetiaan Daniel, bahkan tidak didapati sesuatu kesilapan atau kesalahan padanya.


Untuk tujuan inilah juga aku berusaha, berjuang dengan segala kekuatan kuasa-Nya yang bertindak hebat dalam diriku.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan