Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 4:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Akhirnya Daniel datang menghadap aku. Dia ini dinamai Beltsazar, menurut nama tuhanku, dan roh tuhan yang suci ada padanya. Aku menceritakan kepadanya mimpi itu, demikian,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Kemudian Daniel datang menghadap beta. Dia juga dinamakan Beltsazar, menurut nama dewa beta. Daniel memperoleh kuasa daripada roh dewa-dewa yang suci, maka beta menceritakan mimpi beta kepadanya. Beta bertitah:

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Kemudian Daniel datang menghadap beta. Dia juga dinamakan Beltsazar, menurut nama dewa beta. Daniel memperoleh kuasa daripada roh dewa-dewa yang suci, maka beta menceritakan mimpi beta kepadanya. Beta bertitah:

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 4:8
14 Iomraidhean Croise  

Lalu kata Firaun kepada para pegawainya, “Bolehkah kita mencari orang seperti itu, yang dipenuhi kehadiran roh Allah?”


Dewa Bel bertelut dan Dewa Nebo tunduk membongkok, patung-patung berhalanya dimuatkan di atas binatang dan ternak. Apa yang dahulu kamu arak, sekarang dimuatkan sebagai beban pada binatang-binatang yang lelah.


Lalu mereka teringat pada zaman dahulu, zaman Musa dan umat-Nya. Di manakah Dia yang membawa mereka naik dari laut bersertakan para gembala kawanan kambing domba-Nya? Di manakah Dia yang menaruh Roh Suci-Nya di tengah-tengah mereka,


“Beritahukanlah dalam kalangan bangsa, khabarkanlah, dan angkatlah panji-panji. Khabarkan dan jangan sembunyikan, katakanlah, ‘Babel telah direbut. Dewa Bel malu, Dewa Merodakh ketakutan. Patung-patungnya malu, berhala-berhalanya terkejut.’


Di atas gunung Israel yang tinggi Aku akan menanamnya. Dia akan mengeluarkan cabang, menghasilkan buah, dan menjadi pokok araz yang hebat. Semua burung, iaitu segala yang bersayap, akan berdiam di bawahnya. Mereka akan berdiam di naungan carang-carangnya.


Ketua pegawai istana itu memberikan nama baru kepada mereka. Daniel dinamakannya Beltsazar, Hananya dinamakannya Sadrakh, Misael dinamakannya Mesakh, dan Azarya dinamakannya Abednego.


Hal yang diminta Raja itu terlalu sukar. Tidak ada yang dapat memberitahukannya kepada Raja kecuali tuhan-tuhan yang tidak tinggal dalam kalangan manusia.”


Tanya raja kepada Daniel, yang juga dinamai Beltsazar, “Sanggupkah engkau memberitahukan kepadaku mimpi yang telah kulihat itu dengan tafsirannya?”


Nebukadnezar bertanya kepada mereka, “Wahai Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, benarkah kamu tidak mahu menyembah para tuhanku dan tidak mahu menyembah patung emas yang telah kudirikan itu?


Aku, Raja Nebukadnezar, telah mendapat mimpi itu. Sekarang engkau, Beltsazar, katakanlah tafsirannya, kerana semua bijak pandai dalam kerajaanku tidak sanggup memberitahukan tafsirannya kepadaku. Tetapi engkau ini sanggup, kerana roh tuhan yang suci ada padamu.’ ”


‘Hai Beltsazar, ketua para ahli ilmu ghaib! Aku tahu bahawa roh tuhan yang suci ada padamu, dan tidak ada rahsia apa-apa pun yang sukar bagimu. Ceritakanlah kepadaku penglihatan yang kudapat dalam mimpiku dengan tafsirannya.


Aku mendengar tentang engkau, bahawa roh tuhan ada padamu, dan juga kamu memiliki wawasan, akal budi, serta kebijaksanaan yang luar biasa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan