Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 4:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Maka datanglah para ahli ilmu ghaib, para ahli mantera, orang Kasdim, dan para jurufaal. Aku menceritakan mimpi itu kepada mereka, tetapi mereka tidak dapat memberitahukan tafsirannya kepadaku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Semua penilik, ahli sihir, orang berilmu, dan ahli nujum dibawa menghadap. Beta menceritakan mimpi beta, tetapi mereka tidak dapat mentafsirkannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Semua penilik, ahli sihir, orang berilmu, dan ahli nujum dibawa menghadap. Beta menceritakan mimpi beta, tetapi mereka tidak dapat mentafsirkannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 4:7
16 Iomraidhean Croise  

Lalu bulir yang kurus itu menelan ketujuh-tujuh bulir yang baik. Semua ini telah kuceritakan kepada para ahli ilmu ghaib, tetapi tiada seorang pun yang dapat memberitahu ertinya kepadaku.”


Maka pada pagi harinya resahlah hatinya. Dia mengerah orang untuk memanggil semua ahli ilmu ghaib Mesir serta semua orang berilmu, lalu menceritakan mimpinya kepada mereka. Namun begitu tiada seorang pun dapat mentafsirkannya untuk Firaun.


Aku telah melihat orang zalim berkuasa besar dan meluaskan lagi kuasanya seperti dahan-dahan pokok yang subur,


Akulah yang meniadakan tanda para penenung pembohong dan membuat para penenung jadi gila. Aku yang membuat orang bijak mundur ke belakang dan membuat pengetahuan mereka jadi kebodohan.


Lihatlah, engkau menyamai orang Asyur, yang serupa pokok araz di Lebanon. Cabang-cabangnya elok, menaungi hutan. Ia menjulang tinggi, dan pucuknya yang teratas ada di antara cabang yang rendang.


Mereka itu haruslah orang muda yang sama sekali tidak ada cacat-cela, bagus perawakan, memahami segala kebijaksanaan, berpengetahuan luas, mengerti ilmu, dan yang berkemampuan untuk berkhidmat di dalam istana raja. Mereka harus diajar tulisan dan bahasa orang Kasdim.


Jawab orang Kasdim itu kepada raja, “Tidak ada seorang pun di bumi ini yang sanggup memenuhi permintaan Raja! Tidak pernah raja mana-mana pun yang besar dan berkuasa meminta yang demikian daripada ahli ilmu ghaib, ahli mantera, atau orang Kasdim mana pun!


Jawab Daniel kepada raja, “Rahsia yang ditanyakan Raja tidak dapat diberitahukan kepada Raja oleh orang bijak, ahli mantera, ahli ilmu ghaib, dan jurufaal.


Mereka menjawab sekali lagi, “Biarlah Raja menceritakan mimpi itu kepada hamba-hambanya ini, maka kami akan memberitahukan tafsirannya.”


Pada waktu itu juga, datanglah beberapa orang Kasdim melontarkan tuduhan terhadap orang Yahudi.


Aku, Raja Nebukadnezar, telah mendapat mimpi itu. Sekarang engkau, Beltsazar, katakanlah tafsirannya, kerana semua bijak pandai dalam kerajaanku tidak sanggup memberitahukan tafsirannya kepadaku. Tetapi engkau ini sanggup, kerana roh tuhan yang suci ada padamu.’ ”


Raja berseru dengan suara nyaring supaya para ahli mantera, orang Kasdim, dan para jurufaal dibawa menghadap. Kata raja kepada orang bijak di Babel itu, “Sesiapa pun yang dapat membaca tulisan ini dan memberitahukan tafsirannya kepadaku, kepadanya akan dipakaikan pakaian ungu dan lehernya akan dikalungkan rantai emas. Dia akan menjadi pemerintah yang ketiga dalam kerajaan ini.”


Maka datanglah semua bijak pandai bawahan raja, tetapi mereka tidak sanggup membaca tulisan itu atau memberitahukan tafsirannya kepada raja.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan