Daniel 4:6 - Alkitab Versi Borneo6 Oleh sebab itu aku mengeluarkan titah agar semua bijak pandai di Babel hendaklah dibawa menghadap aku supaya mereka memberitahukan kepadaku tafsiran mimpi itu. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)6 Beta memerintahkan semua penasihat di Babel supaya datang menghadap dan mentafsirkan mimpi beta itu. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik6 Beta memerintahkan semua penasihat di Babel supaya datang menghadap dan mentafsirkan mimpi beta itu. Faic an caibideil |
Apabila orang berkata kepada kamu, “Carilah petunjuk daripada para pemanggil arwah serta para ahli sihir yang meracau dan terkumat-kamit,” maka jawablah, “Bukankah sesuatu bangsa patut meminta petunjuk daripada Allah mereka? Patutkah petunjuk untuk orang yang hidup dicari mereka daripada orang yang mati?”
Dalam kerajaan tuanku ada seorang yang memiliki roh tuhan yang suci. Pada zaman leluhur tuanku telah didapati bahawa orang itu mempunyai wawasan, akal budi, dan kebijaksanaan seperti kebijaksanaan tuhan. Raja Nebukadnezar, leluhur tuanku, ya, leluhur tuanku, sang raja itu, menjadikan dia ketua para ahli ilmu ghaib, para ahli mantera, orang Kasdim, dan para jurufaal.
Raja berseru dengan suara nyaring supaya para ahli mantera, orang Kasdim, dan para jurufaal dibawa menghadap. Kata raja kepada orang bijak di Babel itu, “Sesiapa pun yang dapat membaca tulisan ini dan memberitahukan tafsirannya kepadaku, kepadanya akan dipakaikan pakaian ungu dan lehernya akan dikalungkan rantai emas. Dia akan menjadi pemerintah yang ketiga dalam kerajaan ini.”