Daniel 4:5 - Alkitab Versi Borneo5 Aku mendapat mimpi yang membuat aku takut. Sewaktu aku berbaring di peraduan, khayalan dan penglihatan yang kudapat membuat aku resah. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)5 Tetapi pada suatu hari ketika beta beradu, beta bermimpi dan mendapat penglihatan yang mengerikan. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik5 Tetapi pada suatu hari ketika beta beradu, beta bermimpi dan mendapat penglihatan yang mengerikan. Faic an caibideil |
Setelah itu, Daniel, yang juga dinamai Beltsazar, tertegun buat seketika dan segala fikirannya membuatnya resah. Kata raja, “Beltsazar, janganlah resah kerana mimpi itu dan tafsirannya.” Jawab Beltsazar, “Ya tuanku, biarlah mimpi itu terjadi ke atas orang yang membenci tuanku dan tafsirannya ke atas musuh-musuh tuanku!
Dalam kerajaan tuanku ada seorang yang memiliki roh tuhan yang suci. Pada zaman leluhur tuanku telah didapati bahawa orang itu mempunyai wawasan, akal budi, dan kebijaksanaan seperti kebijaksanaan tuhan. Raja Nebukadnezar, leluhur tuanku, ya, leluhur tuanku, sang raja itu, menjadikan dia ketua para ahli ilmu ghaib, para ahli mantera, orang Kasdim, dan para jurufaal.