Daniel 4:34 - Alkitab Versi Borneo34 “Pada akhir tempoh masa itu, aku, Nebukadnezar, menengadah ke langit dan fikiranku kembali kepadaku. Aku memuji Yang Maha Tinggi. Aku menyanjung dan membesarkan Dia yang hidup selama-lamanya, kerana kekuasaan-Nya sememangnya kekuasaan yang kekal, dan kerajaannya tetap turun-temurun. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)34 Raja bertitah, “Selepas tujuh tahun itu beta memandang ke langit. Tiba-tiba fikiran beta waras semula. Beta memuji Allah Yang Maha Tinggi sambil menghormati dan memuliakan Dia yang hidup selama-lamanya. Allah akan memerintah selama-lamanya, kerajaan-Nya akan tetap sepanjang masa. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik34 Raja bertitah, “Selepas tujuh tahun itu beta memandang ke langit. Tiba-tiba fikiran beta waras semula. Beta memuji Allah Yang Maha Tinggi sambil menghormati dan memuliakan Dia yang hidup selama-lamanya. Allah akan memerintah selama-lamanya, kerajaan-Nya akan tetap sepanjang masa. Faic an caibideil |
Lalu aku mendengar orang yang berpakaian kain linen, yang ada di sebelah atas air sungai itu, bersumpah demi Dia yang hidup selama-lamanya sambil mengangkat tangan kanan dan tangan kirinya ke langit, “Untuk satu masa, dua masa, dan setengah masa. Begitu berakhir penghancuran kuasa umat suci, barulah hal-hal ini akan digenapi.”
Pada zaman raja-raja itulah Allah semesta langit akan mendirikan sebuah kerajaan yang tidak akan binasa untuk selama-lamanya, dan pemerintahannya tidak akan beralih kepada bangsa lain. Kerajaan itu akan memecahkan dan meniadakan semua kerajaan lainnya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tegak untuk selama-lamanya.
Engkau akan diusir daripada masyarakat manusia sehingga engkau akan tinggal bersama-sama binatang liar. Engkau akan diberi makan rumput seperti lembu. Tujuh tempoh masa akan berlalu bagimu sehingga engkau mengakui bahawa Yang Maha Tinggi berkuasa atas kerajaan manusia dan Dia mengurniakannya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.”
Dia dihalau daripada kalangan anak manusia. Hatinya menjadi sama dengan hati binatang dan dia tinggal bersama-sama keldai liar. Dia diberi makan rumput seperti lembu dan tubuhnya basah oleh embun dari langit sampai dia mengakui bahawa Allah Yang Maha Tinggi berkuasa atas kerajaan manusia dan Dia mengangkat sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya untuk memerintah kerajaan itu.