Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 4:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Betapa besarnya tanda-tanda-Nya, betapa hebatnya segala keajaiban-Nya! Kerajaan-Nya ialah kerajaan yang kekal, kekuasaan-Nya tetap turun-temurun.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Alangkah besarnya keajaiban yang dinyatakan Allah! Alangkah hebatnya mukjizat yang dilakukan-Nya! Allah adalah raja selama-lamanya; Dia memerintah sepanjang masa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Alangkah besarnya keajaiban yang dinyatakan Allah! Alangkah hebatnya mukjizat yang dilakukan-Nya! Allah adalah raja selama-lamanya; Dia memerintah sepanjang masa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 4:3
29 Iomraidhean Croise  

“Kekuasaan dan keajaiban ada pada-Nya. Dia mengadakan kedamaian di tempat-Nya yang tinggi.


Ya TUHAN, sungguh beraneka hasil kerja-Mu! Dengan bijaksana Engkau telah mencipta segala-galanya; bumi penuh dengan milik-Mu.


Mereka menunjukkan tanda-tanda-Nya dalam kalangan mereka, dan melakukan mukjizat di tanah Ham.


Kerajaan-Mu kekal selama-lamanya dalam penguasaan-Mu, dan kekuasaan-Mu berterusan zaman-berzaman. TUHAN setia dalam segala janji-Nya dan penuh kasih dalam semua perbuatan-Nya.


Dia memerintah dengan kekuasaan-Nya untuk selama-lamanya, Dia mengawasi bangsa-bangsa; jangan ada pemberontak cuba melawan-Nya. Sela


Segala puji bagi TUHAN, ya Allah Israel, hanya Dia yang melakukan perbuatan yang menakjubkan.


Jalan-Mu di laut, lorong-Mu di perairan luas, dan jejak langkah-Mu tidak dikenali.


Kerana Engkau Maha Besar dan melakukan perkara yang menakjubkan; hanya Engkaulah Allah.


Ya TUHAN, betapa agung hasil kerja-Mu, fikiran-Mu sungguh dalam!


Ya TUHAN, Engkaulah Allahku! Aku hendak meninggikan Engkau, aku hendak memuji nama-Mu, kerana Engkau telah melakukan keajaiban, segala rancangan-Mu sejak dahulukala yang setia dan teguh.


Hal ini pun datangnya daripada TUHAN alam semesta. Dia ajaib dalam nasihat-Nya dan agung dalam hikmah-Nya.


Pertumbuhan pemerintahan-Nya serta damai tidak akan ada habisnya atas takhta Daud dan atas kerajaannya. Dia akan mengukuhkan dan menopangnya dengan keadilan dan perbenaran dari sekarang untuk selama-lamanya. Semangat TUHAN alam semesta, yang meluap-luap bagi umat-Nya akan membuat semua hal ini terjadi.


Tetapi TUHAN ialah Allah yang benar, Dialah Allah yang hidup dan Raja yang kekal. Bumi bergoncang kerana murka-Nya dan bangsa-bangsa tidak dapat menanggung amarah-Nya.


Raja memanggil para ahli ilmu ghaib, para ahli mantera, para tukang faal, dan orang Kasdim untuk memberitahunya apa yang dimimpinya itu. Maka datanglah mereka dan berdiri di hadapan raja.


Pada zaman raja-raja itulah Allah semesta langit akan mendirikan sebuah kerajaan yang tidak akan binasa untuk selama-lamanya, dan pemerintahannya tidak akan beralih kepada bangsa lain. Kerajaan itu akan memecahkan dan meniadakan semua kerajaan lainnya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tegak untuk selama-lamanya.


Keputusan itu menurut ketetapan para malaikat pengawal, tuntutan itu menurut perintah para malaikat suci, supaya orang yang hidup tahu bahawa Yang Maha Tinggi berkuasa atas kerajaan manusia dan Dia mengurniakannya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Dia meninggikan orang yang paling rendah sekalipun untuk memerintah kerajaan itu.”


Lalu dikurniakan kepada-Nya kekuasaan, kemuliaan, dan kedaulatan, sehingga semua orang daripada segala suku, bangsa, dan bahasa beribadat kepada-Nya. Kekuasaan-Nya ialah kekuasaan kekal yang tidak akan lenyap dan kerajaan-Nya tidak akan binasa.


Maka pemerintahan, kekuasaan, dan keagungan segala kerajaan di bawah seluruh kolong langit akan diserahkan kepada umat suci milik Yang Maha Tinggi. Kerajaan-Nya ialah kerajaan yang kekal. Segala penguasaan akan beribadat dan taat kepada-Nya.’


Oh, betapa kaya kebijaksanaan dan pengetahuan Allah! Penghakiman-Nya tidak terduga, dan jalan-jalan-Nya tidak mungkin diselami!


Atau, pernahkah sesuatu tuhan berupaya untuk mengambil baginya sesuatu bangsa daripada tengah-tengah bangsa lainnya dengan memberikan pelbagai cubaan, tanda ajaib, mukjizat, dan peperangan, serta dengan tangan yang kuat, lengan yang terhulur, dan kehebatan yang besar, seperti semua yang dilakukan bagimu oleh TUHAN, Allahmu, di Mesir, di hadapan matamu?


Penghormatan dan kemuliaan selama-lamanya kepada Raja segala zaman, Allah yang kekal, yang tidak dapat dilihat, dan yang esa. Amin.


Tetapi tentang Anak itu Dia berfirman: “Takhta-Mu, ya Allah, kekal selama-lamanya; Tongkat kebenaran ialah tongkat kerajaan-Mu.


Allah juga telah memberikan kesaksian dengan pelbagai tanda, keajaiban, mukjizat dan pengurniaan Roh Kudus, menurut kehendak-Nya sendiri.


Jika sesiapa menyampaikan perkhabaran, sampaikanlah firman daripada Allah. Jika sesiapa memberi pertolongan, berilah dengan keupayaan yang dibekalkan oleh Allah. Dengan demikian, dalam semua hal Allah akan dimuliakan melalui Yesus Kristus yang memiliki kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya. Amin.


Kemudian malaikat ketujuh meniup sangkakalanya. Suara-suara lantang di syurga berkata, “Segala kerajaan di dunia ini telah menjadi kerajaan Tuhan kita dan kerajaan Kristus-Nya, dan Dia akan memerintah selama-lamanya!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan