Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Daniel 4:23 - Alkitab Versi Borneo

23 Seterusnya fasal tuanku melihat seorang malaikat pengawal, seorang yang suci, turun dari langit dan berkata, ‘Tebanglah pokok itu dan binasakanlah dia! Namun demikian, biarkanlah tunggul dan akarnya di tanah, terikat dengan besi dan gangsa di atas rumput muda di padang. Biarlah embun dari langit membasahinya dan biarlah dia mendapat bahagian bersama dengan binatang liar sampai tujuh tempoh masa berlalu baginya.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

23 Ketika tuanku sedang memandang, satu malaikat turun dari syurga dan berkata, ‘Tebanglah pokok itu dan musnahkannya, tetapi biarkan tunggulnya di tanah. Ikatlah tunggul itu dengan rantai besi dan gangsa, lalu tinggalkan tunggul itu bersama-sama rumput di padang. Biarlah orang itu kena embun, dan biarlah dia tinggal di situ bersama-sama binatang selama tujuh tahun.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

Daniel 4:23
4 Iomraidhean Croise  

Sebagaimana ada perintah untuk membiarkan tunggul dan akar pokok itu, demikianlah kerajaan tuanku akan tetap pula pada tuanku apabila tuanku mengakui bahawa yang berkuasa secara mutlak ialah kerajaan syurga.

Dia dihalau daripada kalangan anak manusia. Hatinya menjadi sama dengan hati binatang dan dia tinggal bersama-sama keldai liar. Dia diberi makan rumput seperti lembu dan tubuhnya basah oleh embun dari langit sampai dia mengakui bahawa Allah Yang Maha Tinggi berkuasa atas kerajaan manusia dan Dia mengangkat sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya untuk memerintah kerajaan itu.

Kemudian kudengar seorang suci berbicara, dan seorang suci lainnya berkata kepada orang yang berbicara tadi, “Berapa lamakah tempoh waktu penglihatan tentang korban sehari-hari, pemberontakan yang mendatangkan kebinasaan, tempat suci yang diserahkan, dan tentera yang diinjak-injak itu?”

Lean sinn:

Sanasan

Sanasan