Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 4:16 - Alkitab Versi Borneo

16 Biarlah akal manusianya diubah dan akal binatang diberikan kepadanya, sampai tujuh tempoh masa berlalu baginya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

16 Selama tujuh tahun akal manusianya akan berubah menjadi seperti akal binatang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

16 Selama tujuh tahun akal manusianya akan berubah menjadi seperti akal binatang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 4:16
13 Iomraidhean Croise  

Lalu tanya raja kepada orang Kush itu, “Selamatkah Absalom, anak muda itu?” Jawab orang Kush itu, “Biarlah musuh-musuh Tuanku Raja dan semua orang yang bangkit menentang tuanku untuk berbuat jahat menjadi sama seperti anak muda itu.”


Buntukanlah hati bangsa ini, pekakkanlah telinga mereka, dan pejamkanlah mata mereka, supaya mereka tidak melihat dengan mata, mendengar dengan telinga, dan mengerti dengan hati, lalu berpaling dan disembuhkan.”


Raja negeri utara akan kembali mengerahkan pasukan besar, yang lebih besar daripada yang terdahulu. Setelah beberapa tahun berlalu, dia akan menyerbu dengan pasukan yang besar dan dengan alat kelengkapan dan bekalan yang amat banyak.


Lalu aku mendengar orang yang berpakaian kain linen, yang ada di sebelah atas air sungai itu, bersumpah demi Dia yang hidup selama-lamanya sambil mengangkat tangan kanan dan tangan kirinya ke langit, “Untuk satu masa, dua masa, dan setengah masa. Begitu berakhir penghancuran kuasa umat suci, barulah hal-hal ini akan digenapi.”


Seterusnya fasal tuanku melihat seorang malaikat pengawal, seorang yang suci, turun dari langit dan berkata, ‘Tebanglah pokok itu dan binasakanlah dia! Namun demikian, biarkanlah tunggul dan akarnya di tanah, terikat dengan besi dan gangsa di atas rumput muda di padang. Biarlah embun dari langit membasahinya dan biarlah dia mendapat bahagian bersama dengan binatang liar sampai tujuh tempoh masa berlalu baginya.’


tuanku akan diusir daripada masyarakat manusia sehingga tuanku tinggal bersama-sama binatang liar. Tuanku akan diberi makan rumput seperti lembu dan akan dibasahi embun dari langit. Tujuh tempoh masa akan berlalu bagi tuanku sampai tuanku mengakui bahawa Yang Maha Tinggi berkuasa atas kerajaan manusia dan Dia mengurniakannya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.


Dia akan berucap menentang Yang Maha Tinggi dan menganiaya orang suci serta berusaha untuk mengubah waktu dan hukum. Orang suci itu akan diserahkan ke dalam tangannya untuk satu masa, dua masa, dan separuh masa.


Sampailah di sini kata-kataku tentang hal itu. Aku, Daniel, menjadi sangat resah dengan fikiranku dan pucatlah wajahku. Namun demikian, hal itu kusimpan dalam hatiku.”


Bumi dan langit akan binasa tetapi Engkau kekal; dan segalanya akan menjadi usang seperti pakaian;


Tetapi perempuan itu diberi sepasang sayap helang besar untuk terbang ke tempatnya di gurun. Di situ dia dijaga selama tiga tahun setengah jauh dari mata naga itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan