Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 4:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Daripada Raja Nebukadnezar kepada orang daripada semua suku, bangsa, dan bahasa yang berada di seluruh bumi, “Semoga kesejahteraanmu berlipat ganda!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Raja Nebukadnezar mengirim pengumuman berikut kepada orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa di seluruh dunia: “Salam!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Raja Nebukadnezar mengirim pengumuman berikut kepada orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa di seluruh dunia: “Salam!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 4:1
16 Iomraidhean Croise  

Lalu Roh menguasai Amasai, pemimpin Tiga Puluh Orang Kesateria, dan dia berkata, “Kami ini milikmu, wahai Daud! Kami menyertaimu, wahai anak Isai! Sejahtera, sejahteralah engkau, dan sejahteralah para penolongmu, kerana Allahmu menolong engkau.” Maka Daud menyambut mereka dan mengangkat mereka untuk menjadi ketua pasukan.


Kemudian raja mengirim surat balasan: “Kepada penguasa Rehum, jurutulis Simsai, dan rakan-rakan mereka yang lain, yang tinggal di Samaria dan di daerah lain di seberang Sungai Efrat. Salam!


Tertulis sedemikian di dalam surat yang dikirim oleh mereka kepada Raja itu: “Kepada Raja Darius. Salam sejahtera!


Maka para jurutulis diraja dipanggil pada hari ketiga belas pada bulan pertama. Sesuai seperti segala yang diperintahkan Haman, mereka pun menulis surat kepada wakil raja, kepada pembesar yang mengetuai setiap wilayah, dan kepada bangsawan setiap bangsa, setiap wilayah menurut tulisannya dan setiap bangsa menurut bahasanya. Surat itu ditulis atas nama Raja Ahasyweros dan dimaterai dengan cincin materai raja.


Maka para jurutulis raja dipanggil pada ketika itu juga, iaitu pada hari kedua puluh tiga dalam bulan ketiga, iaitu bulan Siwan. Maka semua yang diarahkan oleh Mordekhai itu ditulislah dalam surat kepada orang Yahudi dan juga kepada para wakil raja, para pembesar, dan para pegawai wilayah dari India sampai ke Ethiopia, seratus dua puluh tujuh wilayah semuanya — setiap wilayah menurut tulisannya, setiap bangsa menurut bahasanya, dan kepada orang Yahudi menurut tulisan dan bahasa mereka.


Oleh sebab itu, aku mengeluarkan titah: Orang daripada suku, bangsa, dan bahasa mana-mana pun yang berani mengatakan sesuatu yang salah terhadap Allah yang disembah Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, akan dikerat-kerat dan rumahnya akan dijadikan timbunan puing, kerana tidak ada tuhan lain yang dapat menyelamatkan dengan cara demikian.”


Lalu seorang bentara berseru dengan suara nyaring, “Kepadamu diperintahkan demikian, wahai orang daripada berbagai-bagai suku, bangsa, dan bahasa:


Setelah itu, Raja Darius mengirim surat kepada semua orang daripada segala suku, bangsa, dan bahasa yang tinggal di seluruh bumi, “Semoga kesejahteraanmu berlipat ganda!


Dia melepaskan dan menyelamatkan, Dia mengadakan tanda-tanda dan pelbagai keajaiban baik di langit mahupun di bumi. Dialah yang melepaskan Daniel daripada cengkaman singa-singa itu.”


Lalu dikurniakan kepada-Nya kekuasaan, kemuliaan, dan kedaulatan, sehingga semua orang daripada segala suku, bangsa, dan bahasa beribadat kepada-Nya. Kekuasaan-Nya ialah kekuasaan kekal yang tidak akan lenyap dan kerajaan-Nya tidak akan binasa.


Beginilah firman TUHAN alam semesta, “Pada masa itu, sepuluh orang daripada segala bangsa dan bahasa akan memegang erat-erat punca jubah seorang Yahudi sambil berkata, ‘Kami mahu pergi bersama-samamu, kerana kami telah mendengar bahawa Allah menyertai kamu.’ ”


Apabila mendengar bunyi itu, mereka datang beramai-ramai lalu tercengang kerana masing-masing mendengar orang bertutur dalam bahasanya.


Aku menulis kepada kamu sekalian di Roma, yang dikasihi oleh Allah dan dipanggil menjadi orang salih. Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus memberimu kasih kurnia dan damai sejahtera.


Kasih kurnia dan damai sejahtera kepadamu daripada Bapa kita Allah dan daripada Tuhan Yesus Kristus.


Kepada Timotius, anak sejatiku dalam iman: Semoga Allah Bapa dan Kristus Yesus Tuhan kita menganugerahimu kasih kurnia, belas kasihan dan kesejahteraan.


Kamu terpilih menurut rancangan Allah Bapa, dijadikan umat-Nya dengan Roh Kudus, supaya taat akan Yesus Kristus dan disucikan dengan darah-Nya: Semoga kamu dilimpahi kasih kurnia dan damai sejahtera daripada Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan