Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 3:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Ada beberapa orang Yahudi yang telah tuanku lantik untuk mengurus hal ehwal Wilayah Babel, iaitu Sadrakh, Mesakh, dan Abednego. Mereka itu tidak mengendahkan Tuanku Raja. Mereka tidak mahu menyembah para tuhan tuanku dan tidak mahu menyembah patung emas yang telah tuanku dirikan itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Beberapa orang Yahudi yang tuanku lantik menjadi pentadbir wilayah Babel tidak patuh akan perintah tuanku. Mereka ialah Sadrakh, Mesakh, dan Abednego. Mereka tidak sujud dan menyembah dewa tuanku, mahupun patung yang tuanku dirikan itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Beberapa orang Yahudi yang tuanku lantik menjadi pentadbir wilayah Babel tidak patuh akan perintah tuanku. Mereka ialah Sadrakh, Mesakh, dan Abednego. Mereka tidak sujud dan menyembah dewa tuanku, mahupun patung yang tuanku dirikan itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 3:12
15 Iomraidhean Croise  

Maka berkatalah Haman kepada Raja Ahasyweros, “Ada bangsa tertentu yang terpencar dan tersebar antara pelbagai suku kaum dalam seluruh wilayah kerajaan tuanku. Mereka patuh kepada undang-undang yang berbeza daripada perundangan segala bangsa dan mereka tidak mematuhi hukum Raja. Maka tidaklah patut Raja membiarkan mereka berbuat sedemikian.


Murka itu bengis, dan kemarahan seperti air bah, tetapi siapa dapat bertahan terhadap cemburu?


Dan aku melihat segala usaha jerih payah dan segala kemahiran dalam pekerjaan itu berpunca daripada iri hati seseorang terhadap jirannya. Maka itu jua kesia-siaan dan usaha menjaring angin.


Ketua pegawai istana itu memberikan nama baru kepada mereka. Daniel dinamakannya Beltsazar, Hananya dinamakannya Sadrakh, Misael dinamakannya Mesakh, dan Azarya dinamakannya Abednego.


Kemudian raja menjadikan Daniel orang besar dan mengurniakan kepadanya pemberian yang amat banyak. Dia menjadikan Daniel penguasa atas seluruh Wilayah Babel dan ketua atas semua orang bijak di Babel.


Daniel memohon kepada raja sehingga Sadrakh, Mesakh, dan Abednego dilantik menjadi pemerintah bagi pentadbiran di Wilayah Babel, sementara Daniel sendiri tinggal di istana raja.


dan sesiapa yang tidak mahu sujud menyembahnya harus dicampakkan ke dalam dapur api yang menyala-nyala.


Sadrakh, Mesakh, dan Abednego menjawab Raja Nebukadnezar, “Tidak ada gunanya kami memberikan jawapan kepada tuanku dalam hal ini.


Oleh sebab itu, aku mengeluarkan titah: Orang daripada suku, bangsa, dan bahasa mana-mana pun yang berani mengatakan sesuatu yang salah terhadap Allah yang disembah Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, akan dikerat-kerat dan rumahnya akan dijadikan timbunan puing, kerana tidak ada tuhan lain yang dapat menyelamatkan dengan cara demikian.”


Kemudian raja menaikkan kedudukan Sadrakh, Mesakh, dan Abednego di Wilayah Babel.


Lalu mereka berkata kepada raja, “Daniel, salah seorang buangan daripada bani Yehuda, tidak mengendahkan Tuanku Raja atau titah larangan yang telah ditandatangani tuanku. Tiga kali sehari dia memanjatkan doa.”


Apabila raja mendengar hal itu, dia berasa sangat susah. Dia membulatkan hati untuk melepaskan Daniel. Sampai matahari terbenam dia masih berupaya untuk menyelamatkannya.


lalu dialu-alukan oleh Yason ke rumahnya. Mereka ini melanggar undang-undang Kaisar Roma dengan mengatakan ada orang lain yang menjadi raja, bernama Yesus.”


“Bukankah kami telah melarang keras kamu mengajar atas nama itu? Tetapi lihatlah, kamu telah menyebarkan ajaran itu ke serata Yerusalem dan berniat mempertanggungjawabkan kami atas kematian-Nya!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan