Daniel 3:10 - Alkitab Versi Borneo10 Tuanku Raja telah mengeluarkan titah bahawa setiap orang yang mendengar bunyi nafiri, seruling, kecapi, rebab, gambus, serunai, dan pelbagai jenis muzik harus sujud menyembah patung emas itu, Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)10 Tuanku telah bertitah bahawa sebaik sahaja muzik bermula, setiap orang harus sujud dan menyembah patung emas itu. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik10 Tuanku telah bertitah bahawa sebaik sahaja muzik bermula, setiap orang harus sujud dan menyembah patung emas itu. Faic an caibideil |
Sekarang, jika kamu sudah sedia, sebaik sahaja kamu mendengar bunyi nafiri, seruling, kecapi, rebab, gambus, serunai, dan pelbagai jenis muzik, sujudlah menyembah patung yang kubuat itu. Tetapi jika kamu tidak mahu menyembahnya, saat itu juga kamu akan dicampakkan ke dalam dapur api yang menyala-nyala! Maka tuhan manakah yang dapat melepaskan kamu daripada tanganku?”
Setelah itu, mereka menghadap raja dan berbicara kepadanya mengenai titah larangan raja, “Bukankah tuanku telah menandatangani titah larangan supaya setiap orang yang memohonkan sesuatu dalam tiga puluh hari ini kepada tuhan atau manusia mana-mana pun selain Tuanku Raja harus dihumban ke dalam gua singa?” Jawab raja, “Hal itu benar selaras dengan hukum yang berkuat kuasa atas orang Media dan orang Parsi yang tidak dapat dibatalkan.”