Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 3:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Raja Nebukadnezar membuat sebuah patung emas setinggi enam puluh hasta dan selebar enam hasta. Dia mendirikannya di Dataran Dura di Wilayah Babel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pada suatu masa Raja Nebukadnezar mendirikan sebuah patung daripada emas: tingginya 27 meter dan lebarnya hampir 3 meter. Baginda mendirikan patung itu di dataran Dura di wilayah Babel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pada suatu masa Raja Nebukadnezar mendirikan sebuah patung daripada emas: tingginya 27 meter dan lebarnya hampir 3 meter. Baginda mendirikan patung itu di dataran Dura di wilayah Babel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 3:1
29 Iomraidhean Croise  

Oleh sebab itu berundinglah raja, lalu dibuatnya dua ekor anak lembu daripada emas. Katanya kepada orang ramai, “Terlalu menyusahkan kamu untuk pergi ke Yerusalem. Inilah tuhan-tuhanmu, wahai Israel, yang telah menuntun kamu keluar dari Tanah Mesir.”


Peristiwa ini berlaku pada zaman Ahasyweros yang memerintah seratus dua puluh tujuh buah wilayah, dari India hingga Ethiopia.


Berhala bangsa-bangsa diperbuat daripada perak dan emas, hasil pertukangan tangan manusia.


Jangan buat sesuatu yang menduakan Aku. Jangan buat untuk dirimu tuhan-tuhan perak ataupun tuhan-tuhan emas,


Lalu kembalilah Musa menghadap TUHAN dan berkata, “Ya, umat itu telah berdosa besar dengan membuat untuk diri mereka tuhan daripada emas.


Pada hari itu manusia akan melemparkan berhala perak dan berhala emas yang dibuat mereka untuk disembah, kepada tikus mondok dan kelawar.


Kamu akan menganggap najis patung-patung ukiranmu yang disalut perak dan patung-patung tuanganmu yang dilapisi emas. Semua itu akan kamu hamburkan seperti kain cemar sambil berkata kepadanya, “Nyahlah!”


Orang memboroskan emas daripada pundi-pundinya dan menimbang perak dengan neraca. Mereka mengupah tukang emas untuk membuatnya jadi tuhan, lalu mereka sujud kepadanya, bahkan menyembahnya.


Perak tempaan dibawa dari Tarsis dan emas dari Ufas. Berhala itu buatan tukang dan buatan tangan tukang emas. Pakaiannya ialah kain biru dan kain ungu, semuanya buatan para ahli.


Dapatkah manusia membuat tuhan bagi diri mereka? Yang demikian bukan Tuhan!”


Kemudian raja menjadikan Daniel orang besar dan mengurniakan kepadanya pemberian yang amat banyak. Dia menjadikan Daniel penguasa atas seluruh Wilayah Babel dan ketua atas semua orang bijak di Babel.


Daniel memohon kepada raja sehingga Sadrakh, Mesakh, dan Abednego dilantik menjadi pemerintah bagi pentadbiran di Wilayah Babel, sementara Daniel sendiri tinggal di istana raja.


Nebukadnezar bertanya kepada mereka, “Wahai Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, benarkah kamu tidak mahu menyembah para tuhanku dan tidak mahu menyembah patung emas yang telah kudirikan itu?


Kemudian raja menaikkan kedudukan Sadrakh, Mesakh, dan Abednego di Wilayah Babel.


Sebaliknya, tuanku meninggikan diri terhadap Tuhan semesta langit dan menyuruh membawa wadah-wadah dari Bait-Nya kepada tuanku. Lalu tuanku, para pembesar tuanku, para isteri dan para gundik tuanku, minum air anggur daripada wadah itu. Tuanku memuji tuhan-tuhan yang dibuat daripada perak, emas, gangsa, besi, kayu, dan batu yang tidak dapat melihat, mendengar, atau mengetahui sesuatu. Tetapi Allah yang memegang nafas tuanku dan segala jalan hidup tuanku tidak tuanku besarkan.


Mereka minum air anggur dan memuji tuhan-tuhan yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, besi, kayu, dan batu.


Dia tidak sedar bahawa Akulah yang mengurniakan kepadanya gandum, air anggur, dan minyak, juga memperbanyak baginya perak dan emas, yang dipakai mereka untuk menyembah Baal.


Mereka mengangkat raja-raja, tetapi tanpa restu-Ku. Mereka mengangkat para pembesar, tetapi tanpa persetujuan-Ku. Daripada emas dan perak mereka membuat berhala-berhala untuk diri mereka, sehingga mereka dilenyapkan.


Malangnya orang yang berkata kepada kayu, “Bangkitlah!” atau kepada batu bisu, “Bertindaklah!” Itukah pengajaranmu? Lihat, benda itu hanya bersalut emas dan perak. Tidak ada roh sama sekali di dalamnya!


Oleh sebab kita keturunan Allah, tidak patut kita sangka keilahian-Nya seperti patung yang serupa dengan emas, perak atau batu yang diukir dengan kepandaian dan akal manusia.


Saudara-saudara juga melihat dan mendengar bahawa di Efesus ini malah hampir di seluruh Asia, Paulus itu telah mempengaruhi ramai orang dengan berkata bahawa barang yang diperbuat oleh manusia bukannya tuhan.


Hendaklah kamu membakar habis segala tuhan mereka yang berupa patung-patung ukiran. Janganlah kamu menginginkan perak dan emas yang ada pada mereka atau mengambilnya untuk dirimu, supaya jangan kamu terjebak olehnya, kerana perbuatan itu suatu kekejian kepada TUHAN, Allahmu.


Manusia yang tidak terbunuh oleh bencana itu tidak berpaling daripada berhala buatan tangan mereka. Mereka meneruskan amalan menyembah roh-roh iblis dan berhala yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, batu dan kayu yang tidak dapat melihat, mendengar atau berjalan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan