Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 2:9 - Alkitab Versi Borneo

9 yakni jika kamu tidak memberitahukan kepadaku mimpi itu, maka kamu akan dijatuhi satu hukuman yang sama. Kamu telah bersepakat untuk menyampaikan kata-kata dusta dan busuk supaya keadaan akan berubah. Oleh sebab itu ceritakanlah kepadaku mimpi itu, maka aku akan tahu bahawa kamu dapat pula memberitahukan tafsirannya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 hendak menjatuhkan hukuman yang sama kepada kamu semua jika kamu tidak dapat menceritakan mimpi itu kepada beta. Kamu berpakat untuk berdusta kerana kamu berharap bahawa beta akan mengubah keputusan beta. Ceritakanlah dahulu mimpi beta itu, barulah beta yakin bahawa kamu juga dapat mentafsirkannya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 hendak menjatuhkan hukuman yang sama kepada kamu semua jika kamu tidak dapat menceritakan mimpi itu kepada beta. Kamu berpakat untuk berdusta kerana kamu berharap bahawa beta akan mengubah keputusan beta. Ceritakanlah dahulu mimpi beta itu, barulah beta yakin bahawa kamu juga dapat mentafsirkannya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 2:9
17 Iomraidhean Croise  

Jawabnya, ‘Aku akan keluar dan menjadi roh dusta di dalam mulut semua nabinya.’ Firman-Nya, ‘Engkau akan memujuk dia dan berjaya. Pergilah dan berbuatlah demikian!’


Maka Raja Israel mengumpulkan nabi seramai kira-kira empat ratus orang lalu bertanya kepada mereka, “Bolehkah aku pergi berperang melawan Ramot-Gilead, atau haruskah aku membatalkannya?” Jawab mereka, “Pergilah, kerana Tuhan akan menyerahkannya ke dalam tangan Raja.”


“Semua pegawai raja dan rakyat di wilayah-wilayah kerajaan tahu bahawa hukuman mati ialah satu-satunya peraturan bagi setiap laki-laki atau perempuan yang masuk menghadap raja di laman dalam, tanpa dipanggil. Hanya jika raja menghulurkan cokmar emas kepadanya, barulah dia dapat tetap hidup. Tetapi sudah selama tiga puluh hari, aku belum juga dipanggil masuk menghadap raja.”


Bibir yang mengucap kata-kata benar akan tetap untuk selama-lamanya, tetapi lidah dusta hanya bertahan sekejap mata.


Nyatakanlah hal-hal yang akan datang kemudian, sehingga kami tahu bahawa kamu betul-betul tuhan! Ya, berbuat baiklah atau berbuat jahatlah, supaya kami sama-sama terperanjat melihatnya.


Akulah yang meniadakan tanda para penenung pembohong dan membuat para penenung jadi gila. Aku yang membuat orang bijak mundur ke belakang dan membuat pengetahuan mereka jadi kebodohan.


“Engkau, wahai anak manusia, hadapkanlah mukamu kepada perempuan bangsamu yang bernubuat menurut kehendak hati sendiri. Bernubuatlah menentang mereka


Engkau telah menista Aku dalam kalangan umat-Ku demi beberapa genggam barli dan beberapa potong roti, dengan membunuh orang yang tidak patut mati serta membiarkan hidup orang yang tidak patut hidup melalui dustamu kepada umat-Ku yang mahu mendengar dusta.”


Mereka melihat penglihatan yang menipu dan tenungan dusta. Mereka berkata, “Demikianlah firman TUHAN,” padahal TUHAN tidak mengutus mereka. Mereka pun menanti firman itu terlaksana.


Maka Daniel pergi memohon kepada raja supaya dia diberi masa untuk memberitahukan tafsiran mimpi itu kepada raja.


Dia mengubah waktu dan musim, Dia memecat dan melantik raja-raja. Dia mengurniakan hikmah kepada orang bijak dan pengetahuan kepada orang yang memiliki pengertian.


Kata raja, “Aku tahu pasti bahawa kamu hendak melengah-lengahkan masa, kerana kamu melihat bahawa keputusanku sudah bulat,


Sekarang, jika kamu sudah sedia, sebaik sahaja kamu mendengar bunyi nafiri, seruling, kecapi, rebab, gambus, serunai, dan pelbagai jenis muzik, sujudlah menyembah patung yang kubuat itu. Tetapi jika kamu tidak mahu menyembahnya, saat itu juga kamu akan dicampakkan ke dalam dapur api yang menyala-nyala! Maka tuhan manakah yang dapat melepaskan kamu daripada tanganku?”


Peres: kerajaan tuanku telah dibahagi-bahagikan dan diserahkan kepada orang Media dan orang Parsi.”


Lalu Darius, orang Media, mengambil alih kerajaan itu ketika berumur kira-kira enam puluh dua tahun.


Dia akan berucap menentang Yang Maha Tinggi dan menganiaya orang suci serta berusaha untuk mengubah waktu dan hukum. Orang suci itu akan diserahkan ke dalam tangannya untuk satu masa, dua masa, dan separuh masa.


Kami tidak seperti sebilangan besar orang yang mencari keuntungan daripada firman Allah; sebaliknya, kami berhati ikhlas. Sebagai utusan Allah, kami berkata-kata atas nama Kristus dengan penuh tanggungjawab di hadapan Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan