Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 2:6 - Alkitab Versi Borneo

6 Tetapi jika kamu memberitahukan mimpi itu dengan tafsirannya, maka kamu akan menerima pemberian, hadiah, dan kehormatan besar daripadaku. Oleh sebab itu, beritahukanlah kepadaku mimpi itu dengan tafsirannya!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Tetapi jika kamu berjaya memberitahu beta mimpi itu serta tafsirannya, beta akan mengurniakan hadiah yang istimewa dan kehormatan yang besar kepada kamu. Sekarang beritahukan mimpi beta itu dan tafsirannya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Tetapi jika kamu berjaya memberitahu beta mimpi itu serta tafsirannya, beta akan mengurniakan hadiah yang istimewa dan kehormatan yang besar kepada kamu. Sekarang beritahukan mimpi beta itu dan tafsirannya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 2:6
8 Iomraidhean Croise  

Kemudian raja menjadikan Daniel orang besar dan mengurniakan kepadanya pemberian yang amat banyak. Dia menjadikan Daniel penguasa atas seluruh Wilayah Babel dan ketua atas semua orang bijak di Babel.


Setelah itu, Belsyazar memberikan perintah supaya pakaian ungu dipakaikan kepada Daniel, rantai emas dikalungkan pada lehernya, dan dinobatkan sebagai pemerintah yang ketiga dalam kerajaan itu.


Raja berseru dengan suara nyaring supaya para ahli mantera, orang Kasdim, dan para jurufaal dibawa menghadap. Kata raja kepada orang bijak di Babel itu, “Sesiapa pun yang dapat membaca tulisan ini dan memberitahukan tafsirannya kepadaku, kepadanya akan dipakaikan pakaian ungu dan lehernya akan dikalungkan rantai emas. Dia akan menjadi pemerintah yang ketiga dalam kerajaan ini.”


kerana aku akan memberi hormat kepada kamu setinggi-tingginya. Apa pun yang kamu minta kepadaku akan aku lakukan. Oleh sebab itu datanglah ke mari dan kutuklah bangsa itu bagiku.’ ”


Kemudian Balak berkata kepada Bileam, “Bukankah aku sudah mengutus orang untuk memanggil kamu? Mengapakah kamu tidak mahu datang kepadaku? Tidakkah aku mampu memberi hormat kepada kamu?”


Kemudian, dengan membawa upah bagi penelahan mereka, berangkatlah tua-tua Moab dan Midian, lalu sampainya mereka di tempat Bileam maka mereka pun menyampaikan pesan Balak kepadanya.


Sekarang, nyahlah kamu! Pulanglah ke tempatmu! Aku pernah berkata bahawa aku akan membuat kamu kaya. Tetapi lihat, TUHAN tidak mengizinkan kamu memperoleh kekayaan itu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan