Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 2:34 - Alkitab Versi Borneo

34 Ketika tuanku melihatnya tiba-tiba ada sebuah batu terbelah, tetapi bukan oleh tangan manusia. Batu itu menimpa patung itu pada kedua-dua belah kakinya yang daripada besi dan tanah liat, lalu memecahkannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

34 Ketika tuanku sedang memandangnya, sebuah batu besar jatuh dari tebing dengan sendirinya, dan menimpa kaki patung yang dibuat daripada besi dan tanah liat itu, lalu menghancurkannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

34 Ketika tuanku sedang memandangnya, sebuah batu besar jatuh dari tebing dengan sendirinya, dan menimpa kaki patung yang dibuat daripada besi dan tanah liat itu, lalu menghancurkannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 2:34
25 Iomraidhean Croise  

Batu yang telah dibuang oleh pembina telah menjadi batu penjuru;


Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH, “Lihat, Aku meletakkan batu asas di Sion, sebuah batu yang teruji, sebuah batu penjuru yang berharga untuk asas yang teguh. Sesiapa yang percaya tidak akan berasa cemas.


Sungguh, bangsa dan kerajaan yang tidak mahu mengabdi kepadamu akan binasa. Bangsa-bangsa itu akan habis dimusnahkan.


Hancurlah, wahai bangsa-bangsa! Bertaburanlah! Perhatikanlah, wahai segala negeri yang jauh! Lengkapilah dirimu, dan bertaburanlah! Lengkapilah dirimu, dan bertaburanlah!


Wahai Firaun, engkau akan dihancurkan di antara golongan yang tidak bersunat dan dibaringkan bersama-sama kalangan yang terbunuh oleh pedang.


Kemudian dia mengukur seribu hasta lagi. Kali ini air itu sudah menjadi sungai yang tidak dapat kuseberangi kerana airnya telah meninggi. Cukup tinggi air itu sehingga orang dapat berenang — sungai itu sudah tidak dapat diseberangi.


betisnya daripada besi, kakinya separuh daripada besi dan separuh daripada tanah liat.


Maka pemerintahan, kekuasaan, dan keagungan segala kerajaan di bawah seluruh kolong langit akan diserahkan kepada umat suci milik Yang Maha Tinggi. Kerajaan-Nya ialah kerajaan yang kekal. Segala penguasaan akan beribadat dan taat kepada-Nya.’


Kerana kepandaiannya, tipu daya yang dilakukannya akan berhasil dan dalam hatinya dia akan membesarkan diri. Dia membinasakan ramai orang, dan dia bangkit melawan Penguasa segala penguasa. Tetapi dia akan dipatahkan bukan oleh tangan manusia.


Pada waktu itu Aku akan menjadikan Yerusalem batu bebanan bagi semua suku bangsa. Sesiapa sahaja yang memikulnya akan terluka parah, dan semua bangsa di bumi akan berkumpul untuk menyerangnya.


Katanya kepadaku, “Inilah firman TUHAN kepada Zerubabel, ‘Bukan dengan kegagahan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan Roh-Ku,’ firman TUHAN alam semesta.


Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu pejal inilah akan Kubina jemaah-Ku. Alam maut pun tidak dapat merobohkannya.


Kelahiran mereka bukan melalui darah keturunan, atau kehendak manusia, atau kemahuan seorang lelaki, tetapi kerana perbuatan Allah.


Inilah ‘batu yang kamu buang sebagai pembina, kini telah menjadi batu penjuru.’


Kami tahu bahawa apabila khemah tempat kami tinggal di bumi ini roboh, Allah telah menyediakan tempat kediaman bagi kami di syurga, yang tidak diperbuat oleh tangan manusia, dan yang bersifat kekal.


Kristus tidaklah masuk ke tempat suci yang dibuat dengan tangan manusia, iaitu salinan tempat suci sejati. Dia telah masuk ke syurga itu sendiri, di hadirat Allah untuk kita.


Bagi kamu yang percaya, batu itu berharga, tetapi bagi mereka yang tidak percaya, “Batu yang dibuang oleh pembina telah menjadi batu penjuru,”


Kemudian malaikat ketujuh meniup sangkakalanya. Suara-suara lantang di syurga berkata, “Segala kerajaan di dunia ini telah menjadi kerajaan Tuhan kita dan kerajaan Kristus-Nya, dan Dia akan memerintah selama-lamanya!”


Mereka akan memerangi Anak Domba, dan Anak Domba akan menumpaskan mereka, kerana Dialah Tuan segala tuan dan Raja segala raja. Orang yang dipanggil, dipilih serta setia ada bersama Dia.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan