Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 2:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Raja memanggil para ahli ilmu ghaib, para ahli mantera, para tukang faal, dan orang Kasdim untuk memberitahunya apa yang dimimpinya itu. Maka datanglah mereka dan berdiri di hadapan raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Oleh itu raja memanggil semua penilik, ahli sihir, bomoh, dan orang berilmu untuk mentafsirkan mimpinya itu. Ketika semua orang itu menghadap,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Oleh itu raja memanggil semua penilik, ahli sihir, bomoh, dan orang berilmu untuk mentafsirkan mimpinya itu. Ketika semua orang itu menghadap,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 2:2
16 Iomraidhean Croise  

Maka pada pagi harinya resahlah hatinya. Dia mengerah orang untuk memanggil semua ahli ilmu ghaib Mesir serta semua orang berilmu, lalu menceritakan mimpinya kepada mereka. Namun begitu tiada seorang pun dapat mentafsirkannya untuk Firaun.


Raja pun bertanya kepada para bijak pandai yang memahami adat kebiasaan zaman itu kerana raja memang biasa mendapatkan nasihat mengenai hukum-hakam daripada para ahli hukum.


Kemudian Firaun memanggil orang berilmu serta para ahli sihir. Mereka, iaitu para ahli ilmu sihir Mesir itu, menggunakan ilmu mereka lalu turut membuat perkara yang sama.


Semangat dalam diri orang Mesir akan lenyap, dan Aku akan membuat mereka keliru dengan rancangan mereka. Mereka akan meminta petunjuk daripada berhala-berhala dan daripada para penenung, kepada para pemanggil arwah dan ahli-ahli sihir.


Apabila orang berkata kepada kamu, “Carilah petunjuk daripada para pemanggil arwah serta para ahli sihir yang meracau dan terkumat-kamit,” maka jawablah, “Bukankah sesuatu bangsa patut meminta petunjuk daripada Allah mereka? Patutkah petunjuk untuk orang yang hidup dicari mereka daripada orang yang mati?”


Dalam segala hal berkenaan hikmah dan pengertian yang ditanyakan raja kepada mereka, raja mendapati mereka sepuluh kali lebih handal daripada semua ahli ilmu ghaib dan ahli mantera di seluruh kerajaannya.


Mereka itu haruslah orang muda yang sama sekali tidak ada cacat-cela, bagus perawakan, memahami segala kebijaksanaan, berpengetahuan luas, mengerti ilmu, dan yang berkemampuan untuk berkhidmat di dalam istana raja. Mereka harus diajar tulisan dan bahasa orang Kasdim.


Jawab orang Kasdim itu kepada raja, “Tidak ada seorang pun di bumi ini yang sanggup memenuhi permintaan Raja! Tidak pernah raja mana-mana pun yang besar dan berkuasa meminta yang demikian daripada ahli ilmu ghaib, ahli mantera, atau orang Kasdim mana pun!


Jawab Daniel kepada raja, “Rahsia yang ditanyakan Raja tidak dapat diberitahukan kepada Raja oleh orang bijak, ahli mantera, ahli ilmu ghaib, dan jurufaal.


Pada waktu itu juga, datanglah beberapa orang Kasdim melontarkan tuduhan terhadap orang Yahudi.


Betapa besarnya tanda-tanda-Nya, betapa hebatnya segala keajaiban-Nya! Kerajaan-Nya ialah kerajaan yang kekal, kekuasaan-Nya tetap turun-temurun.


Oleh sebab itu aku mengeluarkan titah agar semua bijak pandai di Babel hendaklah dibawa menghadap aku supaya mereka memberitahukan kepadaku tafsiran mimpi itu.


Raja berseru dengan suara nyaring supaya para ahli mantera, orang Kasdim, dan para jurufaal dibawa menghadap. Kata raja kepada orang bijak di Babel itu, “Sesiapa pun yang dapat membaca tulisan ini dan memberitahukan tafsirannya kepadaku, kepadanya akan dipakaikan pakaian ungu dan lehernya akan dikalungkan rantai emas. Dia akan menjadi pemerintah yang ketiga dalam kerajaan ini.”


Maka orang Filistin memanggil para imam dan penenung serta berkata, “Apakah yang harus kita lakukan dengan tabut TUHAN ini? Beritahulah kami bagaimana kami harus menghantarnya kembali ke tempatnya.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan