Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 2:18 - Alkitab Versi Borneo

18 Dia menyuruh mereka memohon rahmat daripada Allah semesta langit sehubungan dengan rahsia itu, supaya Daniel dan teman-temannya tidak turut dibinasakan dengan orang bijak yang lain di Babel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

18 Dia menyuruh mereka berdoa kepada Allah penguasa di syurga agar Dia mengasihani mereka dan menjelaskan rahsia mimpi itu kepada mereka, supaya mereka tidak dibunuh bersama-sama penasihat lain di Babel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

18 Dia menyuruh mereka berdoa kepada Allah penguasa di syurga agar Dia mengasihani mereka dan menjelaskan rahsia mimpi itu kepada mereka, supaya mereka tidak dibunuh bersama-sama penasihat lain di Babel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 2:18
22 Iomraidhean Croise  

Kalau kurang lima sahaja daripada lima puluh orang benar itu, akankah Engkau tetap musnahkan seluruh kota itu hanya kerana lima orang itu?” Firman-Nya, “Jika Kudapati di sana empat puluh lima orang, Aku tidak akan memusnahkannya.”


Bersyukurlah kepada Allah di syurga, kasih-Nya kekal selama-lamanya.


berdoalah kepada-Ku pada masa kesusahan; Aku akan menyelamatkanmu, dan kamu akan memuliakan-Ku.”


Dia akan berseru kepada-Ku, dan Aku akan menjawabnya; Aku akan menyertainya ketika dia dalam kesusahan, dan Aku akan melepaskannya dan memberinya penghormatan.


Mudah-mudahan TUHAN, Allahmu, mendengar apa yang dikatakan Rabshakeh, yang telah diutus oleh tuannya, raja Asyur, untuk mencela Allah yang hidup. Mudah-mudahan TUHAN, Allahmu, menjatuhkan hukuman selaras dengan perkataan yang telah didengar-Nya. Oleh sebab itu, panjatkanlah doa bagi saki-baki orang yang masih ada.”


‘Berserulah kepada-Ku, maka Aku akan menjawab engkau dan menyatakan kepadamu hal-hal yang besar dan tidak terselami, iaitu hal-hal yang tidak kauketahui.’


Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Aku pun akan membolehkan keturunan kaum Israel memohon hal yang akan Kulakukan ini bagi mereka, iaitu menambah jumlah mereka hingga seperti kawanan domba.


Ya Allah nenek moyangku, aku mengucap syukur dan memuji Engkau, kerana Engkau mengurniakan kepadaku kebijaksanaan dan kekuatan. Sekarang ini Engkau telah memberitahukan kepadaku apa yang kami mohonkan daripada-Mu, kerana Engkau telah menyatakan kepada kami perihal raja.”


Kalau harus demikian, maka Allah yang kami sembah sanggup melepaskan kami dari dapur api yang menyala-nyala itu, dan Dia akan melepaskan kami daripada tangan Tuanku Raja.


Sebagaimana ada perintah untuk membiarkan tunggul dan akar pokok itu, demikianlah kerajaan tuanku akan tetap pula pada tuanku apabila tuanku mengakui bahawa yang berkuasa secara mutlak ialah kerajaan syurga.


Jawab Yunus, “Aku orang Ibrani. Aku takut kepada TUHAN, Allah semesta langit, yang menjadikan lautan dan daratan.”


Maka kamu akan kembali melihat perbezaan antara orang benar dengan orang yang fasiq, antara orang yang beribadat kepada Allah dengan orang yang tidak beribadat kepada-Nya.”


Bagaimana pandanganmu? Jika seseorang mempunyai seratus ekor domba dan seekor daripadanya hilang, apa yang akan dilakukannya? Tentulah dia meninggalkan sembilan puluh sembilan ekor domba yang sedang merumput di bukit dan pergi mencari domba yang hilang itu.


Ketahuilah juga, setiap kali dua orang daripadamu di dunia ini bersetuju untuk memohon sesuatu daripada-Ku, permohonan itu akan dikabulkan oleh Bapa-Ku di syurga;


Dia memasukkan Petrus ke dalam penjara dan menyerahkannya kepada enam belas orang askar yang bertugas menjaganya bergilir-gilir, empat orang segiliran. Niatnya hendak membawa Petrus ke hadapan orang Yahudi selepas Perayaan Paskah.


Saudara-saudaraku, aku meminta kepadamu, demi Tuhan Yesus Kristus dan demi kasih daripada Roh Kudus, berdoalah bersungguh-sungguh bersamaku kepada Allah bagi diriku,


Nyatalah bahawa Tuhan mengetahui cara menyelamatkan orang yang warak daripada godaan dan mengasingkan orang durjana untuk dihukum pada hari penghakiman,


Kata Daud lagi, “TUHAN, yang telah melepaskan hamba daripada cakar singa serta cakar beruang, akan melepaskan hamba daripada tangan orang Filistin ini.” Kata Saul kepada Daud, “Pergilah, semoga TUHAN menyertai engkau.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan