Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 2:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Apabila mendengar hal itu, raja menjadi gusar dan sangat murka. Lalu dia memberikan perintah untuk membinasakan semua orang bijak di Babel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Mendengar hal itu, raja naik murka dan menitahkan supaya semua penasihat raja di Babel dibunuh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Mendengar hal itu, raja naik murka dan menitahkan supaya semua penasihat raja di Babel dibunuh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 2:12
14 Iomraidhean Croise  

Sesungguhnya, orang bodoh dibunuh oleh rasa kesal, dan orang yang bebal dimatikan oleh dengki.


Sesungguhnya, kemarahan manusia akan mendatangkan puji untuk-Mu, mereka yang terselamat daripada kemarahan itu akan menyanjung kebesaran-Mu.


Murka raja bagaikan malaikat maut, tetapi orang yang bijaksana akan meredakannya.


Murka raja laksana ngauman seekor singa, tetapi kebaikannya ibarat embun di atas rumput.


Murka raja laksana ngauman sang singa, sesiapa membangkitkan amarahnya, kehilangan nyawanya.


Orang yang pemarah membangkitkan pertengkaran, dan orang yang panas baran banyak pelanggarannya.


Oleh sebab itu Daniel pergi menemui Ariokh, yang telah dilantik oleh raja untuk membinasakan orang bijak di Babel. Dia pergi dan berkata demikian kepadanya, “Jangan binasakan orang bijak di Babel! Bawalah hamba menghadap raja. Hamba akan memberitahukan tafsiran mimpi itu kepada raja.”


Jawab raja kepada orang Kasdim itu, “Keputusanku sudah bulat: Jika kamu tidak memberitahukan kepadaku mimpi itu dengan tafsirannya, maka kamu akan dikerat-kerat dan rumahmu akan dijadikan timbunan puing.


Maka dengan amat murka sekali, Nebukadnezar memerintahkan supaya Sadrakh, Mesakh, dan Abednego dibawa untuk menghadapnya. Lalu dibawalah mereka itu untuk menghadap raja.


Maka meluap-luaplah murka Nebukadnezar sehingga air mukanya berubah terhadap Sadrakh, Mesakh, dan Abednego. Dia memerintah supaya menyalakan dapur api itu tujuh kali lebih panas daripada biasanya.


Kerana keagungan yang dikurniakan kepadanya, maka umat daripada segala suku, bangsa, dan bahasa gementar dan takut kepadanya. Dia membunuh sesiapa sahaja yang dikehendakinya dan membiarkan hidup sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Dia meninggikan sesiapa yang dikehendakinya dan merendahkan sesiapa yang dikehendakinya.


Setelah Raja Herodes sedar dirinya ditipu oleh ahli-ahli ilmu bintang dari Timur itu, dia pun marah lalu mengeluarkan perintah untuk membunuh semua anak lelaki yang berusia dua tahun ke bawah di Betlehem dan kawasan yang berdekatan. Usia itu berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ahli-ahli ilmu bintang tentang masa bintang itu mula-mula muncul.


Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang marah terhadap saudaranya akan dihakimi. Sesiapa yang mencaci saudaranya akan dibawa ke hadapan Majlis Agama. Dan sesiapa yang memanggil saudaranya ‘bodoh’ akan dihumbankan ke dalam api neraka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan