Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 12:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Aku mendengar hal itu, tetapi tidak memahaminya. Maka aku bertanya, “Ya tuanku, apakah kesudahan daripada hal-hal ini?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Aku mendengar kata-katanya, tetapi aku tidak memahaminya. Oleh itu aku bertanya, “Tetapi, tuan, bagaimanakah kesudahannya kelak?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Aku mendengar kata-katanya, tetapi aku tidak memahaminya. Oleh itu aku bertanya, “Tetapi, tuan, bagaimanakah kesudahannya kelak?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 12:8
9 Iomraidhean Croise  

Aku datang untuk menjelaskan kepadamu apa yang akan kelak terjadi kepada bangsamu, kerana penglihatan ini berkenaan hari-hari pada masa depan.”


Yang seorang bertanya kepada orang yang berpakaian kain linen, yang ada di sebelah atas air sungai itu, “Berapa lama lagikah maka hal-hal ajaib ini akan berakhir?”


Lalu aku mendengar orang yang berpakaian kain linen, yang ada di sebelah atas air sungai itu, bersumpah demi Dia yang hidup selama-lamanya sambil mengangkat tangan kanan dan tangan kirinya ke langit, “Untuk satu masa, dua masa, dan setengah masa. Begitu berakhir penghancuran kuasa umat suci, barulah hal-hal ini akan digenapi.”


Jawabnya, “Pergilah, Daniel, kerana kata-kata ini akan dirahsiakan dan dimateraikan sehingga akhir zaman.


Kemudian kudengar seorang suci berbicara, dan seorang suci lainnya berkata kepada orang yang berbicara tadi, “Berapa lamakah tempoh waktu penglihatan tentang korban sehari-hari, pemberontakan yang mendatangkan kebinasaan, tempat suci yang diserahkan, dan tentera yang diinjak-injak itu?”


Tetapi murid-murid-Nya tidak mengerti sepatah kata pun. Maksud kata-kata ini dirahsiakan daripada mereka. Mereka tidak memahami apa yang dikatakan oleh Yesus.


Sewaktu itu para murid Yesus tidak memahami erti segala ini. Setelah Yesus dimuliakan melalui kematian dan kebangkitan-Nya, barulah mereka menyedari bahawa segala yang dilakukan oleh orang ramai terhadap-Nya telah tersurat dalam Kitab Suci.


Dia berkata kepada mereka, “Tidaklah diberi bagi kamu mengetahui waktu atau saat yang sudah ditetapkan oleh Bapa dalam kekuasaan-Nya sendiri.


Roh Kristus yang ada pada nabi-nabi bernubuat tentang penderitaan Kristus dan kemuliaan-Nya kelak. Mereka berusaha untuk mengetahui bila dan bagaimana perkara itu akan terjadi.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan