Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 12:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Lalu aku mendengar orang yang berpakaian kain linen, yang ada di sebelah atas air sungai itu, bersumpah demi Dia yang hidup selama-lamanya sambil mengangkat tangan kanan dan tangan kirinya ke langit, “Untuk satu masa, dua masa, dan setengah masa. Begitu berakhir penghancuran kuasa umat suci, barulah hal-hal ini akan digenapi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Malaikat itu mengangkat kedua-dua tangannya ke arah langit, lalu bersumpah demi nama Allah yang kekal. Aku mendengar dia berkata, “Tiga tahun setengah! Setelah penganiayaan terhadap umat Allah berakhir, maka kejadian-kejadian yang ajaib itu pun akan berakhir.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Malaikat itu mengangkat kedua-dua tangannya ke arah langit, lalu bersumpah demi nama Allah yang kekal. Aku mendengar dia berkata, “Tiga tahun setengah! Setelah penganiayaan terhadap umat Allah berakhir, maka kejadian-kejadian yang ajaib itu pun akan berakhir.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 12:7
30 Iomraidhean Croise  

“Demi Allah yang hidup, yang telah mengambil hakku, demi Yang Maha Kuasa, yang telah membuat jiwaku menjadi getir,


Mereka akan disebut “Bangsa yang suci”, “Orang yang ditebus TUHAN.” Engkau akan disebut “Yang dicari”, “Kota yang tidak ditinggalkan.”


jika engkau bersumpah, ‘Demi TUHAN yang hidup’ dalam kebenaran, keadilan dan ketulusan, maka bangsa-bangsa akan mendapat berkat kerana Dia dan akan bermegah kerana Dia.”


dan katakan kepada mereka: Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Pada waktu Aku memilih Israel, Aku bersumpah kepada keluarga Yakub dan menyatakan diri kepada mereka di Tanah Mesir. Demikianlah sumpah-Ku kepada mereka, “Akulah TUHAN, Allahmu.”


Ketika aku mengangkat mukaku, aku terlihat seorang yang berpakaian kain linen dan berikat pinggang emas dari Ufas.


Raja negeri utara akan kembali mengerahkan pasukan besar, yang lebih besar daripada yang terdahulu. Setelah beberapa tahun berlalu, dia akan menyerbu dengan pasukan yang besar dan dengan alat kelengkapan dan bekalan yang amat banyak.


Yang seorang bertanya kepada orang yang berpakaian kain linen, yang ada di sebelah atas air sungai itu, “Berapa lama lagikah maka hal-hal ajaib ini akan berakhir?”


Aku mendengar hal itu, tetapi tidak memahaminya. Maka aku bertanya, “Ya tuanku, apakah kesudahan daripada hal-hal ini?”


Sewaktu kata-kata itu diucapkan raja, terdengarlah suara dari langit mengatakan, “Bagimulah firman ini, wahai Raja Nebukadnezar: Kerajaan ini dialihkan daripadamu.


“Pada akhir tempoh masa itu, aku, Nebukadnezar, menengadah ke langit dan fikiranku kembali kepadaku. Aku memuji Yang Maha Tinggi. Aku menyanjung dan membesarkan Dia yang hidup selama-lamanya, kerana kekuasaan-Nya sememangnya kekuasaan yang kekal, dan kerajaannya tetap turun-temurun.


Dalam aku terus memperhatikannya itu, tanduk ini bertempur melawan orang suci dan mengalahkan mereka


Dia akan berucap menentang Yang Maha Tinggi dan menganiaya orang suci serta berusaha untuk mengubah waktu dan hukum. Orang suci itu akan diserahkan ke dalam tangannya untuk satu masa, dua masa, dan separuh masa.


Lalu dia berkata kepadaku, “Sampai dua ribu tiga ratus petang dan pagi, barulah tempat suci itu akan disucikan.”


Kuasanya akan menjadi besar, tetapi bukan oleh kekuatannya sendiri. Dia akan membuat kerosakan yang luar biasa dan berhasil dalam apa-apa pun yang dilakukannya. Dia akan membinasakan orang kuat dan umat yang suci.


Jadi, teguhkanlah hatimu supaya tidak bimbang bagaimana hendak membela diri


Mereka akan dibunuh dengan pedang dan ada pula yang akan dibawa ke negeri lain sebagai orang tawanan. Kota Yerusalem akan diinjak-injak oleh bangsa-bangsa asing sehingga tamat tempoh yang ditetapkan untuk mereka.”


Dia akan meninggikan kamu di atas segala bangsa yang telah dijadikan-Nya untuk menjadi terpuji, ternama, serta terhormat. Kamu juga akan menjadi umat yang suci bagi TUHAN, Allahmu, seperti yang dijanjikan-Nya.”


TUHAN akan membela perkara umat-Nya dan berbelas kasihan kepada hamba-hamba-Nya, apabila dilihat-Nya kekuatan mereka lenyap dan tidak ada yang terselamat, baik orang kurungan mahupun orang merdeka.


Sesungguhnya, Kuangkat tangan-Ku ke langit dan berfirman: Demi Aku yang hidup untuk selama-lamanya!


kerana kamu umat yang suci bagi TUHAN, Allahmu. Kamu telah dipilih oleh TUHAN, Allahmu, untuk menjadi umat kesayangan-Nya daripada semua bangsa yang ada di muka bumi.


Tetapi kamu umat terpilih, para imam raja, bangsa suci, umat-Nya sendiri, yang dipilih untuk mengisytiharkan puji-pujian bagi Dia yang telah memanggilmu daripada kegelapan kepada cahaya-Nya yang gemilang.


Tetapi perempuan itu diberi sepasang sayap helang besar untuk terbang ke tempatnya di gurun. Di situ dia dijaga selama tiga tahun setengah jauh dari mata naga itu.


Perempuan itu lari ke gurun, ke tempat yang memang ditentukan Allah untuknya. Dia dijaga di situ selama seribu dua ratus enam puluh hari.


Binatang itu diberi mulut untuk melafazkan hal-hal besar dan kufur, serta diberi kekuasaan melakukannya selama empat puluh dua bulan.


Sambil itu, dua puluh empat tua-tua sujud kepada Dia yang bersemayam di atas takhta, menyembah Dia yang hidup selama-lamanya. Mereka mencampakkan mahkota mereka di hadapan takhta itu lalu berkata,


Keempat-empat makhluk itu menyanyikan pelbagai nyanyian yang memuliakan, menyanjung dan menyatakan syukur kepada Dia yang sedang bersemayam di atas takhta, Dia yang hidup selama-lamanya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan