Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 12:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Tetapi engkau, Daniel, rahsiakanlah kata-kata ini dan materaikanlah kitab itu sampai akhir zaman. Ramai orang akan pergi ke sana ke mari dan pengetahuan akan bertambah.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Malaikat itu berkata kepadaku, “Sekarang, hai Daniel, tutuplah dan meteraikanlah kitab itu, sehingga akhir zaman. Sementara itu banyak orang akan cuba memahami hal yang sedang berlaku, tetapi usaha mereka sia-sia saja.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Malaikat itu berkata kepadaku, “Sekarang, hai Daniel, tutuplah dan meteraikanlah kitab itu, sehingga akhir zaman. Sementara itu banyak orang akan cuba memahami hal yang sedang berlaku, tetapi usaha mereka sia-sia saja.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 12:4
25 Iomraidhean Croise  

Tidak ada yang akan berbuat jahat ataupun membinasakan di seluruh gunung-Ku yang suci, kerana bumi akan penuh dengan pengetahuan tentang TUHAN, seperti air meliputi laut.


Bagimu segala penglihatan tentang semua itu seperti isi sebuah kitab yang termaterai. Kalau kitab itu diberikan kepada seorang yang tahu membaca, dengan permintaan: “Tolong bacakan ini,” maka dia akan menjawab, “Aku tidak boleh, kerana kitab ini termaterai.”


Cahaya bulan purnama akan seperti cahaya matahari, dan cahaya matahari akan menjadi tujuh kali lipat ganda, seperti cahaya tujuh hari, pada waktu TUHAN membalut luka umat-Nya dan menyembuhkan bekas hukuman-Nya.


Mata orang yang melihat tidak lagi akan tertutup dan telinga orang yang mendengar akan mengendahkannya.


Tutupkanlah peringatan Ilahi ini dan materaikanlah hukum Taurat dalam kalangan muridku.


“Larilah ke sana ke mari di jalan-jalan Yerusalem, lihatlah dan perhatikan, carilah di tempat-tempat umumnya. Jika kamu dapat menemukan seseorang yang menegakkan keadilan dan yang mencari kebenaran, maka Aku akan mengampuni kota itu.


Pada tahun ketiga dalam zaman pemerintahan Kores, raja Parsi, suatu hal dinyatakan kepada Daniel yang diberi nama Beltsazar. Hal itu benar dan mengenai suatu peperangan yang besar. Dia memahami hal itu dan mendapat pengertiannya melalui penglihatan.


Aku datang untuk menjelaskan kepadamu apa yang akan kelak terjadi kepada bangsamu, kerana penglihatan ini berkenaan hari-hari pada masa depan.”


Tetapi aku akan memberitahukan apa yang tersurat dalam Kitab Kebenaran. Tidak ada sesiapa pun yang membantu aku melawan mereka, selain Mikhail, malaikat penjagamu.


Orang bijaksana dalam kalangan umat itu akan mengajar ramai orang, walaupun mereka akan ditumpaskan oleh pedang dan nyala api, ditawan dan dijarah selama beberapa waktu.


Pada masa akhir, raja negeri selatan akan menyerangnya. Raja negeri utara itu menyerang dia seperti badai dengan segala rata, pasukan berkuda, dan kumpulan kapal yang banyak. Dia akan memasuki negeri-negeri, melanda, dan menerobosnya.


Tetapi engkau, pergilah sampai tiba ajalmu. Engkau akan beristirahat dan akan bangkit untuk mendapat bahagianmu pada akhir zaman.”


Ketika aku, Daniel, mengamat-amati, tampaklah dua orang lain berdiri, seorang di tepi sungai seberang sini, seorang di tepi sungai seberang sana.


Jawabnya, “Pergilah, Daniel, kerana kata-kata ini akan dirahsiakan dan dimateraikan sehingga akhir zaman.


Maka dia datang mendekati tempat aku berdiri. Kedatangannya membuat aku takut lalu aku sujud memberi hormat. Katanya kepadaku, “Fahamilah, wahai anak manusia, bahawa penglihatan itu adalah tentang akhir zaman.”


Dia berkata, “Ketahuilah, aku akan memberitahukan kepadamu apa yang akan terjadi pada masa murka yang terakhir ini, kerana hal itu berkaitan dengan akhir zaman yang sudah ditentukan.


Penglihatan mengenai petang dan pagi yang telah disebutkan itu benar adanya. Tetapi engkau, rahsiakanlah penglihatan itu, kerana hal itu berkaitan dengan masa yang masih jauh.”


Injil tentang kerajaan Allah akan disebarkan ke seluruh pelosok bumi sebagai suatu kesaksian kepada semua bangsa. Selepas itu, barulah tiba akhir zaman.”


Tetapi aku bertanya, “Tidakkah mereka mendengar?” Tentu sekali: “Suara mereka telah tersebar ke serata bumi, dan kata-kata mereka telah sampai ke hujung dunia.”


Sebaik-baik tujuh guruh itu berkata-kata, aku hendak mencatat kata-katanya. Tetapi kudengar suara dari syurga berkata kepadaku, “Materaikan segala yang dikatakan oleh tujuh guruh itu, jangan dituliskan.”


Katanya lagi kepadaku, “Janganlah kamu materaikan nubuat di dalam kitab ini, kerana masanya sudah hampir tiba.


Kemudian aku melihat segulungan naskhah di tangan kanan Dia yang bersemayam di atas takhta itu. Gulungan itu bertulis kedua-dua belah dan dimaterai dengan tujuh materai.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan