Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 12:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Ramai daripada kalangan yang tidur dalam tanah yang berdebu akan bangun, sebahagiannya untuk mendapat hidup kekal, manakala sebahagian lagi untuk mendapat celaan dan kehinaan yang kekal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Banyak orang yang sudah mati akan hidup semula: ada yang akan menikmati kehidupan kekal, ada pula yang akan menderita hinaan kekal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Banyak orang yang sudah mati akan hidup semula: ada yang akan menikmati kehidupan kekal, ada pula yang akan menderita hinaan kekal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 12:2
19 Iomraidhean Croise  

Orang dipuji selaras dengan akal budinya, tetapi orang yang munafik akan dihina.


Kalangan umat-Mu yang mati akan hidup kembali, mayat mereka akan bangkit kembali. Wahai kamu yang berdiam dalam debu, bangunlah dan bersorak-sorailah! Sesungguhnya, embun-Mu seperti embun terang dan bumi akan melahirkan arwah kembali.


“Mereka akan keluar dan memandang bangkai-bangkai orang yang telah menderhaka kepada-Ku. Sungguh, ulat-ulatnya tidak akan mati dan apinya tidak akan padam. Semua itu akan menjadi kejijikan bagi semua manusia.”


Tetapi TUHAN menyertai aku seperti kesateria yang hebat, sebab itu para pengejarku akan tersandung dan tidak akan menang. Mereka akan sangat malu kerana tidak bertindak bijaksana, aib mereka kekal, tidak dilupakan orang.


Oleh sebab itu bernubuatlah dan katakan kepada mereka: Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Ketahuilah, Aku akan membuka kubur-kuburmu dan membangkitkan kamu dari situ, wahai umat-Ku. Akan Kubawa kamu ke Tanah Israel.


Adakah Aku harus menebus mereka daripada kuasa alam barzakh, Adakah Aku akan melepaskan mereka daripada maut. Wahai maut, di manakah wabak penyakitmu? Wahai alam barzakh, di manakah seksa pembinasaanmu? Belas kasihan akan tersembunyi daripada mata-Ku.


Mereka itu akan menanggung hukuman selama-lamanya, manakala mereka yang benar akan menikmati hidup kekal.”


Seperti mereka juga, aku berharap kepada Allah bahawa semua orang akan dibangkitkan daripada kematian kelak, sama ada orang benar ataupun orang jahat.


Kemudian dia berlutut dan berteriak dengan suara yang kuat, “Tuhan, jangan tanggungkan dosa ini atas mereka.” Setelah berkata demikian, dia pun meninggal dunia.


Tidakkah tukang tembikar berhak membuat daripada segumpal tanah liat yang sama, beberapa bekas tembikar untuk tujuan mulia dan yang lain untuk kegunaan biasa?


Kita percaya bahawa Yesus telah mati dan hidup semula. Kita juga percaya bahawa mereka yang beriman kepada Yesus dan kemudiannya mati akan dihidupkan semula oleh Allah untuk hidup bersama-Nya.


Aku melihat orang mati, kecil dan besar, berdiri di hadapan takhta itu, dan kitab-kitab dibuka. Sebuah kitab lagi dibuka, iaitu Kitab Hidup. Orang mati itu dihakimi menurut perbuatan mereka, berdasarkan segala yang tersurat dalam kitab-kitab itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan