Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 12:1 - Alkitab Versi Borneo

1 “Pada waktu itu akan muncul Mikhail, malaikat penjaga yang besar, yang bertugas mengawasi anak-anak bangsamu. Akan ada masa kesesakan yang belum pernah terjadi sejak permulaan bangsa itu sehingga waktu itu. Tetapi pada waktu itu bangsamu sendiri, yakni semua orang yang namanya tercatat dalam kitab itu akan terselamat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Malaikat yang memakai pakaian linen itu berkata, “Pada masa itu, malaikat besar, iaitu Mikhael pelindung bangsamu akan muncul. Ketika itu akan ada kesusahan yang paling berat sejak bangsa-bangsa wujud. Pada masa itu, semua orang daripada bangsamu yang namanya tertulis di dalam kitab Allah akan diselamatkan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Malaikat yang memakai pakaian linen itu berkata, “Pada masa itu, malaikat besar, iaitu Mikhael pelindung bangsamu akan muncul. Ketika itu akan ada kesusahan yang paling berat sejak bangsa-bangsa wujud. Pada masa itu, semua orang daripada bangsamu yang namanya tertulis di dalam kitab Allah akan diselamatkan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 12:1
48 Iomraidhean Croise  

Engkau memerhati setiap gerak-geriku; Engkau mengambil kira setiap titis air mataku — tidakkah mereka itu tercatat dalam buku-Mu?


Biar mereka dipadamkan daripada buku orang yang hidup dan tidak tersurat bersama orang yang benar.


Orang yang tersisa di Sion dan yang tertinggal di Yerusalem akan disebut suci, iaitu semua orang yang tercatat antara mereka yang hidup di Yerusalem.


Pertumbuhan pemerintahan-Nya serta damai tidak akan ada habisnya atas takhta Daud dan atas kerajaannya. Dia akan mengukuhkan dan menopangnya dengan keadilan dan perbenaran dari sekarang untuk selama-lamanya. Semangat TUHAN alam semesta, yang meluap-luap bagi umat-Nya akan membuat semua hal ini terjadi.


‘Janganlah takut, wahai hamba-Ku Yakub,’ demikianlah firman TUHAN, ‘dan janganlah kecut hati, wahai Israel! Sesungguhnya, Aku akan menyelamatkan engkau dari tempat yang jauh dan keturunanmu dari negeri tempat mereka ditawan. Yakub akan kembali dan hidup tenang, aman tanpa ada yang mengusik.


Aduh, alangkah dahsyat hari itu! Tidak ada taranya. Itulah masa kesesakan bagi Yakub, tetapi dia akan diselamatkan.’


Tangan-Ku akan melawan nabi-nabi yang menyampaikan penglihatan tipuan dan tenungan dusta. Mereka tidak akan masuk kumpulan umat-Ku, tidak akan tercatat dalam daftar keturunan kaum Israel, dan tidak akan masuk ke Tanah Israel. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah Tuhan ALLAH.


Aku, TUHAN, akan menjadi Allah mereka dan hamba-Ku Daud akan menjadi raja di tengah-tengah mereka. Aku, TUHAN, telah berfirman.


Kerana segala kekejianmu, akan Kulakukan antara kamu apa yang belum pernah Kulakukan dan yang tidak akan Kulakukan lagi.


Penguasa kerajaan Parsi muncul menentang aku selama dua puluh satu hari. Tetapi Mikhail, salah seorang malaikat penjaga yang terutama, datang menolong aku, kerana aku tertahan di sana dengan raja-raja Parsi.


Tetapi aku akan memberitahukan apa yang tersurat dalam Kitab Kebenaran. Tidak ada sesiapa pun yang membantu aku melawan mereka, selain Mikhail, malaikat penjagamu.


Dia akan mendirikan khemah-khemah kerajaannya di antara laut dengan gunung mulia yang suci itu, tetapi ajalnya tetap akan tiba jua dan tiada sesiapa yang ada untuk menolongnya.”


Sungai api mengalir, memancar dari hadapan-Nya. Beribu-ribu orang mengabdikan diri kepada-Nya dan berpuluh-puluh ribu orang siap sedia berkhidmat kepada-Nya. Bersidanglah medan pengadilan dan dibukalah kitab-kitab.


Dia telah melaksanakan firman yang disampaikan-Nya terhadap kami dan terhadap para hakim yang memerintah kami dengan mendatangkan malapetaka besar terhadap kami. Di seluruh kolong langit belum pernah terjadi hal seperti yang telah terjadi di Yerusalem.


suatu hari kegelapan dan kekelaman, suatu hari yang berawan dan pekat lantaran bala tentera belalang itu mara seperti kegelapan meliputi pergunungan — belum pernah ada yang sedemikian sejak dahulukala dan tidak akan ada lagi setelahnya sepanjang tahun-tahun turun-temurun.


Kemudian orang yang takut kepada TUHAN berbicara antara satu sama lain. TUHAN memperhatikan dan mendengarkannya, lalu sebuah kitab peringatan ditulis di hadapan-Nya bagi orang yang takut kepada TUHAN dan yang memuliakan nama-Nya.


Ketika itu akan berlaku kesengsaraan yang belum pernah berlaku sejak dunia dicipta sampai sekarang, dan yang tidak akan pernah berlaku lagi.


Pada masa itu akan berlaku kesengsaraan yang belum pernah berlaku sejak dunia dicipta Allah hingga waktu itu dan tidak akan pernah berlaku lagi.


Tetapi jangan kamu bersukacita kerana segala roh iblis menurut perintahmu tetapi bersukacitalah kerana namamu tercatat di syurga.”


Jika penyingkiran mereka mendatangkan perdamaian bagi seisi dunia, lebih-lebih lagilah kalau mereka diterima semula oleh Allah! Bukankah hal ini seperti hidup kembali selepas mati?


Kemudian seluruh orang Israel akan diselamatkan, sebagaimana yang telah tersurat: “Penyelamat akan datang dari Sion, dan Dia akan menjauhkan kemungkaran daripada Yakub;


Allah meletakkan Kristus jauh di atas segala penguasa dan kekuasaan, kuasa dan pemerintahan, dan setiap nama yang dinamakan, bukan sahaja pada zaman ini tetapi juga pada zaman akan datang.


Dan aku meminta kepadamu juga, teman sejati, bantulah perempuan-perempuan ini yang telah berusaha bersamaku untuk Injil, juga dengan Klemen serta teman sekerjaku yang lain, yang nama-nama mereka ada dalam Kitab Hidup.


Namun demikian ketua malaikat, Mikhail, tidak berani melafazkan sepatah pun kata nista ketika berbalah dengan Iblis tentang jenazah Musa. Mikhail hanya berkata, “Tuhan murkai kamu!”


dan daripada Yesus Kristus, Saksi Setia. Dialah yang pertama dibangkitkan daripada kalangan orang mati dan Dialah Raja kepada sekalian raja dunia. Yesus mengasihi kita, maka Dia membebaskan kita daripada segala dosa kita dengan darah-Nya


Kemudian perang tercetus di syurga. Mikhail dengan malaikat-malaikatnya berperang dengan naga dan malaikat-malaikatnya.


Binatang itu akan disembah oleh setiap orang di bumi yang sejak dunia dicipta namanya tidak tersenarai di dalam Kitab Hidup milik Anak Domba yang telah disembelih.


Mereka akan memerangi Anak Domba, dan Anak Domba akan menumpaskan mereka, kerana Dialah Tuan segala tuan dan Raja segala raja. Orang yang dipanggil, dipilih serta setia ada bersama Dia.”


Aku melihat orang mati, kecil dan besar, berdiri di hadapan takhta itu, dan kitab-kitab dibuka. Sebuah kitab lagi dibuka, iaitu Kitab Hidup. Orang mati itu dihakimi menurut perbuatan mereka, berdasarkan segala yang tersurat dalam kitab-kitab itu.


Sesiapa yang tidak tertulis namanya di dalam Kitab Hidup dicampakkan ke dalam lautan api.


Kepada yang menang akan dapat berpakaian putih seperti itu dan Aku tidak akan memadamkan nama mereka dari Kitab Hidup. Aku akan mengakui mereka sebagai milik-Ku di hadirat Bapa-Ku dan di hadapan para malaikat-Nya.


“Aku tidak tahu, tetapi tuan tahu,” sahutku. Dia berkata, “Merekalah orang yang berjaya menempuh kesengsaraan yang dahsyat. Mereka telah membasuh jubah mereka menjadi putih bersih dengan darah Anak Domba.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan