Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 11:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Bahkan dewa-dewa mereka, patung-patung tuangan mereka, serta barang-barang mereka yang indah iaitu yang dibuat daripada perak dan emas akan dibawanya sebagai jarahan ke Mesir. Dia akan berhenti menyerang raja negeri utara selama beberapa tahun.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Pada waktu dia pulang ke Mesir, dia akan membawa patung-patung dewa mereka, serta alat-alat emas dan perak yang ditahbiskan untuk dewa-dewa itu. Selama beberapa tahun dia tidak akan memerangi Siria.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Pada waktu dia pulang ke Mesir, dia akan membawa patung-patung dewa mereka, serta alat-alat emas dan perak yang ditahbiskan untuk dewa-dewa itu. Selama beberapa tahun dia tidak akan memerangi Siria.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 11:8
17 Iomraidhean Croise  

Sekarang, kalau memang kamu harus pergi kerana sudah begitu merindukan rumah ayahmu, mengapakah kamu mencuri tuhan-tuhanku?”


Orang Filistin meninggalkan berhala-berhala mereka di sana, lalu Daud dan orangnya mengangkut semua itu.


Pada malam itu juga, Aku akan melintasi Tanah Mesir dan menyerang semua anak sulung di Tanah Mesir, daripada anak manusia sampai anak binatang. Akan Kuhukum semua tuhan sembahan warga Mesir. Akulah TUHAN.


bagi semua kapal Tarsis; dan bagi semua kapal yang indah.


serta mencampakkan tuhan mereka ke dalam api. Hal ini demikian kerana semuanya itu bukanlah Tuhan, melainkan buatan tangan manusia, kayu dan batu, sehingga dapat dibinasakan.


TUHAN alam semesta, Allah Israel, berfirman, “Sesungguhnya, Aku akan menjatuhkan hukuman atas Dewa Amon dari Tebe, atas Firaun, atas Mesir, atas dewa-dewanya, dan atas raja-rajanya — atas Firaun dan atas orang yang bergantung kepadanya.


Makanan yang sedap tidak kumakan, daging dan air anggur tidak masuk ke dalam mulutku, dan aku tidak memakai minyak wangi sama sekali sampai genap tiga minggu penuh.


Raja negeri utara akan memasuki kerajaan raja negeri selatan, tetapi kemudian kembali ke tanahnya sendiri.


Sekalipun dia berbuah dalam kalangan saudaranya, angin timur, iaitu angin daripada TUHAN, akan datang, naik dari gurun. Pancuran airnya akan kering dan mata airnya akan tandus. Angin itu akan menjarah perbendaharaan segala barangnya yang indah.


Patung itu berasal dari Israel. Itu dibuat oleh tukang, bukan oleh Allah! Patung anak lembu Samaria itu akan menjadi sekadar kepingan serpihan.


Pada waktu itu, orang Mesir sedang menguburkan semua anak sulung yang ditewaskan TUHAN dalam kalangan mereka. Bahkan atas tuhan mereka pun TUHAN menjatuhkan hukuman.


Robohkanlah mazbah-mazbah mereka, hancurkanlah tiang-tiang berhala mereka, dan bakarlah habis patung-patung Asyera mereka. Tebanglah patung-patung ukiran mereka, iaitu tuhan mereka, dan lenyapkanlah nama-nama mereka dari tempat itu.


Mikha menjawab, “Kamu mengambil tuhan-tuhanku yang kubuat dan mengambil juga imamku. Jadi apa lagi yang masih ada padaku? Bagaimanakah boleh kamu tanya kepadaku: Apa yang kamu mahu?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan