Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 11:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Tetapi suatu tunas daripada akar puteri itu akan muncul menggantikan kedudukan sang raja. Dia akan maju menyerang pasukan raja negeri utara dan memasuki bentengnya. Dia akan bergerak menentang mereka dan akan berkuasa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Tidak berapa lama kemudian, salah seorang keluarganya akan menjadi raja. Dia akan menyerang tentera raja Siria, masuk ke dalam kubunya dan mengalahkan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Tidak berapa lama kemudian, salah seorang keluarganya akan menjadi raja. Dia akan menyerang tentera raja Siria, masuk ke dalam kubunya dan mengalahkan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 11:7
14 Iomraidhean Croise  

Jika ditebang, pokok itu masih ada harapan: pokok itu akan bertunas lagi dan pucuknya tidak akan berhenti tumbuh.


Biarlah umurnya pendek; dan orang lain mengambil jawatan kepimpinannya.


Engkau, ya Allah, akan membinasakan orang zalim ke dalam lembah kehancuran; orang yang suka menumpahkan darah dan menipu tidak akan mencapai separuh usia. Aku akan percaya kepada-Mu.


Suatu tunas akan keluar daripada tunggul Isai suatu cabang daripada akarnya akan berbuah.


Oleh sebab itu TUHAN akan mengerat dari Israel baik kepala mahupun ekor, baik pelepah palma mahupun gelagah dalam sehari sahaja.


Engkau menanam mereka, dan mereka pun berakar. Mereka tumbuh, bahkan menghasilkan buah. Engkau dekat di mulut mereka, tetapi jauh daripada batin mereka.


Dia telah meremehkan sumpah dengan mengingkari perjanjian. Sekalipun dia meneguhkan segala hal itu dengan berjabat tangan, dia tetap melakukan hal-hal ini, dan dia tidak akan selamat.’


Pada masa akhir, raja negeri selatan akan menyerangnya. Raja negeri utara itu menyerang dia seperti badai dengan segala rata, pasukan berkuda, dan kumpulan kapal yang banyak. Dia akan memasuki negeri-negeri, melanda, dan menerobosnya.


Setelah beberapa tahun berlalu, kedua-duanya akan bersekutu. Puteri raja negeri selatan akan datang menemui raja negeri utara untuk membuat persetujuan. Tetapi puteri itu tidak akan dapat mempertahankan kekuasaannya, dan sang raja dengan kekuasaannya pun tidak akan bertahan. Pada waktu itu sang puteri akan diserahkan bersama dengan orang yang menghantarnya, ayahnya, dan orang yang menyokongnya.


“Sesungguhnya, hari itu akan datang, menyala-nyala seperti relau. Semua orang yang angkuh dan setiap orang yang melakukan kefasiqan akan menjadi seperti tunggul jerami. Hari yang mendatang itu akan menghanguskan mereka,” demikianlah firman TUHAN alam semesta, “tanpa meninggalkan akar dan cabang.


Tetapi Allah berfirman kepadanya, ‘Engkau bodoh! Pada malam ini juga, jiwamu akan dituntut kembali daripadamu. Lalu harta benda yang telah kaukumpulkan itu akan menjadi hak siapa?’ ”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan