Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 11:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Tidak lama selepas kemunculannya, kerajaannya akan terpecah dan terbahagi menurut empat arah mata angin. Tetapi kerajaan itu tidak akan menjadi milik keturunannya dan tidak akan berkuasa sebagaimana dia berkuasa, kerana kerajaannya akan dicabut dan diberikan kepada orang lain selain keturunannya itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Tetapi pada kemuncak kekuasaannya, kerajaannya akan pecah dan terbahagi empat. Raja-raja yang bukan keturunannya akan menggantikan dia sebagai raja, tetapi mereka tidak sekuat dia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Tetapi pada kemuncak kekuasaannya, kerajaannya akan pecah dan terbahagi empat. Raja-raja yang bukan keturunannya akan menggantikan dia sebagai raja, tetapi mereka tidak sekuat dia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 11:4
24 Iomraidhean Croise  

Sesungguhnya, setiap manusia melangkah seperti bayang-bayang: Sesungguhnya, dia sibuk dengan sia-sia; dia menimbun harta, dan tidak tahu siapa mendapatnya nanti.


Ada seorang yang hidup bersendirian, yang tiada anak lelaki atau saudara lelaki. Biarpun dia tidak henti-henti berusaha dengan jerih lelah, namun matanya tetap tidak puas dengan kekayaan; lalu bertanyalah dia: “Untuk siapakah aku berjerih lelah dan menolak kesenangan ini?” Itu pun kesia-siaan dan perkara yang teruk.


Tetapi nanti, setelah Aku mencabut mereka, Aku akan kembali mengasihani mereka. Aku akan mengembalikan mereka kepada harta pusaka masing-masing dan ke negeri masing-masing.


Tetapi jika mereka tidak mahu mendengar, maka Aku akan sungguh-sungguh mencabut bangsa yang demikian dan membinasakannya,” demikianlah firman TUHAN.


Ada kalanya Aku berfirman bahawa Aku akan mencabut, merobohkan, dan membinasakan sesuatu bangsa atau sesuatu kerajaan.


Seluruh lembah tempat mayat dan abu, serta seluruh ladang sampai ke Sungai Kidron dan sudut Pintu Gerbang Kuda ke arah timur, akan menjadi suci bagi TUHAN. Kota itu tidak akan dibongkar dan tidak akan diruntuhkan lagi untuk selama-lamanya.”


“Beginilah harus kaukatakan kepadanya, ‘Demikianlah firman TUHAN, “Sesungguhnya, Aku akan meruntuhkan apa yang Kubina dan Aku akan mencabut apa yang Kutanam. Begitulah halnya di seluruh negeri itu.


Aku akan mendatangkan keempat-empat mata angin dari keempat-empat penjuru langit terhadap Elam. Aku akan menyerakkan mereka ke segala mata angin itu. Tidak ada bangsa yang tidak akan kedatangan orang Elam yang terhalau itu.


Lalu Dia berfirman kepadaku, “Bernubuatlah pada roh kehidupan. Bernubuatlah, wahai anak manusia! Katakan kepada roh itu: Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Datanglah dari keempat-empat mata angin, wahai roh. Bertiuplah kepada golongan orang yang terbunuh ini supaya mereka hidup kembali.’ ”


Demikianlah kata Daniel, “Tampaklah dalam penglihatanku pada malam hari keempat-empat angin dari langit menggelorakan laut yang besar.


Setelah itu, aku terus memperhatikan dan tampaklah seekor binatang lain yang rupanya seperti harimau bintang. Pada belakangnya ada empat sayap burung. Binatang itu berkepala empat dan kepadanya diberikan kekuasaan.


Ketika aku berfikir tentang tanduk-tanduk itu, tampaklah sebatang tanduk lain yang kecil muncul di antara semuanya itu. Lalu tiga batang tanduk yang terdahulu tercabut di hadapannya. Tampaklah pada tanduk itu ada mata seperti mata manusia dan mulut yang bercakap besar.


Tanduk itu patah, dan empat batang tanduk yang muncul menggantikannya ialah empat kerajaan yang akan muncul daripada bangsa itu, tetapi tidak sekuat yang terdahulu.


Kambing jantan itu terlalu membesarkan diri. Tetapi sesudah ia menjadi teramat kuat, tanduknya yang besar itu patah. Sebagai gantinya tumbuhlah empat batang tanduk yang menanjak ke arah empat mata angin.


“Ayuh! Ayuh! Larilah dari Tanah Utara,” demikianlah firman TUHAN, “kerana Aku telah mencerai-beraikan kamu ke arah empat mata angin,” demikianlah firman TUHAN.


Malaikat itu pun menjawab aku, “Keempat-empat rata ini ialah empat roh dari langit yang keluar setelah menghadap TUHAN semesta bumi.


Yesus mengetahui isi hati mereka lalu berkata, “Kerajaan yang berpecah belah akan hancur lebur dan kota atau keluarga yang berpecah belah tidak dapat bertahan.


Tetapi Allah berfirman kepadanya, ‘Engkau bodoh! Pada malam ini juga, jiwamu akan dituntut kembali daripadamu. Lalu harta benda yang telah kaukumpulkan itu akan menjadi hak siapa?’ ”


Selepas itu, kulihat empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi dan menahan keempat-empat angin di bumi supaya tidak ada angin yang bertiup di darat, di laut, atau di pokok.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan