Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 11:30 - Alkitab Versi Borneo

30 Kapal-kapal Kitim akan mendatanginya lantas melemahkan semangatnya. Dia akan berpatah pulang dengan rasa geram terhadap perjanjian suci dan akan melakukan niatnya. Setelah pulang, dia akan memberikan perhatian kepada orang yang mengabaikan perjanjian suci.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

30 Orang Roma akan datang dengan kapal-kapal laut dan memerangi raja Siria, dan raja akan menjadi takut. Kemudian raja Siria akan pulang dengan murka sekali, lalu berusaha menghancurkan agama umat Allah. Raja Siria akan mengikut nasihat orang yang telah meninggalkan agama itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

30 Orang Roma akan datang dengan kapal-kapal laut dan memerangi raja Siria, dan raja akan menjadi takut. Kemudian raja Siria akan pulang dengan murka sekali, lalu berusaha menghancurkan agama umat Allah. Raja Siria akan mengikut nasihat orang yang telah meninggalkan agama itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 11:30
13 Iomraidhean Croise  

Keturunan Yawan: Elisa, Tarsis, Kitim, dan Rodanim.


Keturunan Yawan: Elisa, Tarsis, Kitim, dan Rodanim.


Aku sedar bahawa dia bukan diutus Allah. Nubuat itu diucapkannya terhadap aku setelah diupah oleh Tobia dan Sanbalat,


Pernyataan ilahi tentang Tirus. Meraung-raunglah, wahai kapal-kapal Tarsis, kerana Tirus telah rosak sehingga tidak ada rumah atau pelabuhan lagi. Hal itu dinyatakan kepada mereka dari Tanah Siprus.


Firman-Nya, “Engkau tidak akan bersuka ria lagi, wahai anak dara yang ditindas, wahai puteri Sidon! Segeralah menyeberang ke Siprus! Di sana pun engkau tidak akan mendapat ketenteraman.”


Menyeberanglah ke pesisir orang Siprus dan lihatlah, utuslah orang ke Kedar dan perhatikanlah baik-baik! Lihatlah kalau-kalau ada hal semacam ini:


Dayungmu dibuat mereka daripada pokok oak di Basan, dan geladakmu daripada gading yang ditatah pada kayu sanubar dari pesisir Siprus.


Maka raja negeri utara akan kembali ke negerinya dengan banyak harta benda dan tetaplah hatinya dengan niat untuk menentang perjanjian suci itu. Dia akan bertindak melaksanakan niatnya lalu kembali ke negerinya.


Pada waktu yang sudah ditentukan, dia akan kembali memasuki negeri selatan, tetapi kunjungan kali itu tidak akan sama seperti usaha yang terdahulu.


Dia akan berucap menentang Yang Maha Tinggi dan menganiaya orang suci serta berusaha untuk mengubah waktu dan hukum. Orang suci itu akan diserahkan ke dalam tangannya untuk satu masa, dua masa, dan separuh masa.


Namun demikian, akan datang kapal-kapal dari pesisir Siprus, menindas Asyur serta Eber, lalu dia juga kelak menerima kebinasaan yang mutlak.”


Pada masa itu ramai tidak akan lagi beriman kepada-Ku dan mereka akan saling mengkhianati dan membenci.


Oleh itu, bergembiralah wahai syurga dan kamu semua yang tinggal di dalamnya! Tetapi malanglah penduduk bumi dan laut! Iblis telah turun kepadamu, dalam keadaan sangat berang, kerana ia tahu masanya sudah singkat.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan