Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 11:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Kemudian akan muncul seorang raja yang perkasa. Dia akan memerintah dengan kuasa yang besar dan berbuat sesuka hati.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Kemudian seorang raja yang perkasa akan muncul. Dia akan memerintah sebuah kerajaan yang besar dan berbuat sesuka hatinya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Kemudian seorang raja yang perkasa akan muncul. Dia akan memerintah sebuah kerajaan yang besar dan berbuat sesuka hatinya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 11:3
10 Iomraidhean Croise  

sehingga raja yang datang menyerangnya akan berbuat sesuka hati. Tidak ada yang dapat bertahan menghadapinya. Dia akan berdiri di Tanah Yang Mulia dan mempunyai kuasa untuk membinasakannya.


Lalu raja itu akan berbuat sewenang-wenangnya. Dia akan meninggikan diri dan terus membesarkan diri atas segala tuhan serta mengucapkan hal-hal yang dahsyat menentang Allah segala allah. Dia akan beroleh kejayaan sehingga genap tempoh kemurkaan itu, kerana apa yang sudah ditentukan akan terlaksana.


Semua penghuni bumi dianggap seperti tidak bererti. Dia bertindak menurut kehendak-Nya terhadap para penguasa langit dan penghuni bumi. Tidak ada yang dapat menahan tangan-Nya atau berkata kepada-Nya, ‘Apakah yang telah Engkau lakukan?’


Kerana keagungan yang dikurniakan kepadanya, maka umat daripada segala suku, bangsa, dan bahasa gementar dan takut kepadanya. Dia membunuh sesiapa sahaja yang dikehendakinya dan membiarkan hidup sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Dia meninggikan sesiapa yang dikehendakinya dan merendahkan sesiapa yang dikehendakinya.


Setelah itu, aku terus memperhatikan dan tampaklah seekor binatang lain yang rupanya seperti harimau bintang. Pada belakangnya ada empat sayap burung. Binatang itu berkepala empat dan kepadanya diberikan kekuasaan.


Kambing jantan yang berbulu panjang itu ialah raja Yunani. Tanduk besar di antara dua matanya ialah raja yang pertama.


Dalam-Nya juga kita telah mendapat warisan, kerana telah ditentukan dari mulanya menurut maksud Allah yang melakukan segalanya seperti pertimbangan kehendak-Nya,


Allah juga telah memberikan kesaksian dengan pelbagai tanda, keajaiban, mukjizat dan pengurniaan Roh Kudus, menurut kehendak-Nya sendiri.


Dengan kehendak-Nya Dia mencipta kita melalui firman-Nya yang benar. Dengan demikian kita menjadi yang sulung antara semua makhluk-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan