20 Akan muncul menggantikan kedudukannya, seorang yang mengutus si pemungut ufti demi kemuliaan kerajaan itu. Tetapi dalam tempoh beberapa hari sahaja dia akan dibinasakan, bukan oleh kemarahan mahupun oleh peperangan.
20 Dia akan digantikan oleh seorang raja lain. Raja itu akan mengutus seorang pegawai untuk memaksa rakyat membayar cukai dengan tujuan menambah kekayaan kerajaannya. Dalam masa singkat raja itu akan dibunuh, tetapi bukan secara terang-terang dan bukan dalam peperangan.”
20 Dia akan digantikan oleh seorang raja lain. Raja itu akan mengutus seorang pegawai untuk memaksa rakyat membayar cukai dengan tujuan menambah kekayaan kerajaannya. Dalam masa singkat raja itu akan dibunuh, tetapi bukan secara terang-terang dan bukan dalam peperangan.”
Yoyakim menyerahkan perak dan emas kepada Firaun, tetapi dia mengenakan cukai atas negeri itu supaya dapat menyerahkan wang selaras dengan perintah Firaun. Dipungutnya perak dan emas itu daripada rakyat negeri, masing-masing menurut ketetapan kadar cukainya, untuk kemudian diserahkan kepada Firaun Nekho.
kerana seperti susu yang diaduk akan menghasilkan mentega, hidung yang ditekan akan mengeluarkan darah, demikianlah kemarahan yang digalakkan bakal mencetuskan sengketa.
Aku akan membawa emas sebagai ganti gangsa, Aku akan membawa perak sebagai ganti besi, gangsa sebagai ganti kayu, besi sebagai ganti batu. Aku akan membuat kedamaian menjadi pengawasmu dan perbenaran menjadi pengerahmu.
Akan muncul menggantikan kedudukannya, seorang yang hina, yang tidak berhak dikurniai kemuliaan kerajaan. Dia akan datang dalam masa aman dan memperoleh kerajaan itu dengan kelicikannya.
Tetapi suatu tunas daripada akar puteri itu akan muncul menggantikan kedudukan sang raja. Dia akan maju menyerang pasukan raja negeri utara dan memasuki bentengnya. Dia akan bergerak menentang mereka dan akan berkuasa.