Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 11:17 - Alkitab Versi Borneo

17 Dia akan membulatkan hati untuk datang dengan kekuatan seluruh kerajaannya. Dia akan membawa persetujuan damai dan melaksanakannya. Dia akan menyerahkan seorang puteri kepada raja negeri selatan untuk membinasakan kerajaannya. Tetapi sang puteri tidak akan menjalankan niatnya itu dan tidak akan terus setia kepadanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

17 Raja Siria akan menggerakkan kesemua pasukan tenteranya untuk menyerang musuh. Untuk menguasai kerajaan musuhnya, raja itu akan membuat persetujuan dengan musuhnya itu dan mengahwinkan puterinya dengan musuh, tetapi rancangan itu tidak akan berjaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

17 Raja Siria akan menggerakkan kesemua pasukan tenteranya untuk menyerang musuh. Untuk menguasai kerajaan musuhnya, raja itu akan membuat persetujuan dengan musuhnya itu dan mengahwinkan puterinya dengan musuh, tetapi rancangan itu tidak akan berjaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 11:17
15 Iomraidhean Croise  

Pada waktu itu Hazael, raja Aram, maju berperang melawan Gat dan merebutnya. Lalu Hazael pun berniat maju menyerang Yerusalem.


Yosafat menjadi takut, lalu dia menetapkan hati untuk mencari hadirat TUHAN. Dimaklumkannya puasa bagi seluruh Yehuda.


Apabila aku berseru kepada-Mu musuhku akan berundur. Ini aku tahu, kerana Allah memihak kepadaku.


Ada banyak rancangan dalam hati manusia, tetapi keputusan TUHAN sajalah yang terlaksana.


Firaun dengan pasukan yang besar serta sejumlah besar orang tentu tidak akan membantunya dalam peperangan ketika tanggul pengepung ditimbunkan dan tembok pengepung dibangunkan untuk melenyapkan banyak jiwa.


“Wahai anak manusia, hadapkanlah mukamu kepada bani Amon dan bernubuatlah menentang mereka.


Selanjutnya ambillah sebuah panggangan besi dan dirikanlah itu sebagai dinding besi antara engkau dengan kota itu. Hadapkanlah mukamu ke kota itu, buatlah kota itu terkepung, dan kepunglah dia. Itu tanda bagi keturunan kaum Israel.


Hadapkanlah mukamu pada pengepungan Yerusalem dengan lengan baju tersingsing dan bernubuatlah menentang kota itu.


Kemudian dia akan mengalihkan perhatiannya ke kubu-kubu di negerinya sendiri, tetapi dia akan tersandung, jatuh, dan tidak ditemukan lagi.


Selepas tempoh selama enam puluh dua minggu itu, Orang Yang Dilantik itu akan dilenyapkan dan tidak akan memiliki apa-apa. Kota dan tempat suci itu akan dimusnahkan oleh rakyat daripada seorang raja yang akan datang. Masa itu akan diakhiri dengan air bah dan sampai akhir zaman akan ada peperangan. Kebinasaan sudah ditentukan.


Mereka semua datang demi penjarahan, terpancar tekad kuat pada setiap wajah. Semudah mengaut butiran pasir mereka mengumpulkan tawanan perang.


Orang yang tidak berpihak kepada-Ku menentang-Ku; dan orang yang tidak mengumpulkan bersama-Ku mencerai-beraikan.


Orang yang tidak berpihak kepada-Ku menentang-Ku; dan orang yang tidak mengumpulkan bersama-Ku mencerai-beraikan.”


Tatkala waktunya sudah dekat untuk Yesus diangkat ke syurga, Dia menetapkan hati-Nya untuk menuju ke Yerusalem.


Jadi, apakah yang akan kita katakan sebagai sambutan kepada hal ini? Jika Allah memihak kepada kita, siapa dapat melawan kita?


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan