Daniel 11:16 - Alkitab Versi Borneo16 sehingga raja yang datang menyerangnya akan berbuat sesuka hati. Tidak ada yang dapat bertahan menghadapinya. Dia akan berdiri di Tanah Yang Mulia dan mempunyai kuasa untuk membinasakannya. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)16 Penguasa Siria akan memperlakukan mereka dengan sesuka hati tanpa tentangan. Dia akan menduduki tanah yang permai dan menguasai seluruhnya. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik16 Penguasa Siria akan memperlakukan mereka dengan sesuka hati tanpa tentangan. Dia akan menduduki tanah yang permai dan menguasai seluruhnya. Faic an caibideil |
Kerana keagungan yang dikurniakan kepadanya, maka umat daripada segala suku, bangsa, dan bahasa gementar dan takut kepadanya. Dia membunuh sesiapa sahaja yang dikehendakinya dan membiarkan hidup sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Dia meninggikan sesiapa yang dikehendakinya dan merendahkan sesiapa yang dikehendakinya.
Aku melihat ia mendekati domba jantan itu dan begitu marah kepadanya. Lalu dihentamnya domba jantan itu dan dipatahkan kedua-dua tanduknya. Tidak ada kuasa pada domba jantan itu untuk bertahan di hadapannya. Kambing itu menghempaskannya ke bumi dan menginjak-injaknya. Tidak ada yang dapat melepaskan domba jantan itu daripada kuasanya.