Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 10:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Aku tertinggal seorang diri dan melihat penglihatan yang besar itu. Tidak ada lagi kekuatan tersisa padaku. Air mukaku berubah menjadi sangat pucat. Tidak ada lagi kekuatan padaku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Aku tertinggal seorang diri, dan memperhatikan penglihatan yang menakjubkan itu. Aku tidak berdaya lagi, dan mukaku menjadi pucat pasi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Aku tertinggal seorang diri, dan memperhatikan penglihatan yang menakjubkan itu. Aku tidak berdaya lagi, dan mukaku menjadi pucat pasi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 10:8
15 Iomraidhean Croise  

Matahari sudah terbit ketika dia melalui Peniel, dan dia tempang kerana pangkal pahanya.


Fikir Musa, “Elok juga jika kulihat dari dekat mengapakah belukar itu tidak terbakar?”


Tiba-tiba sesuatu yang serupa anak-anak manusia menyentuh bibirku. Aku membuka mulut dan mulai berbicara. Kataku kepada orang yang berdiri di hadapanku itu, “Ya tuanku, kerana penglihatan itu rasa perih menimpaku dan tidak ada lagi kekuatan padaku.


Bagaimana hamba tuanku ini dapat berbicara dengan tuanku? Sekarang ini tidak ada lagi kekuatan padaku dan nafas pun tidak tersisa padaku!”


Sampailah di sini kata-kataku tentang hal itu. Aku, Daniel, menjadi sangat resah dengan fikiranku dan pucatlah wajahku. Namun demikian, hal itu kusimpan dalam hatiku.”


Aku, Daniel, menjadi lemah dan sakit selama beberapa hari. Setelah itu, aku bangun semula dan melaksanakan urusan raja. Aku kehairanan dengan penglihatan itu dan tidak dapat memahaminya.


Aku melihat ia mendekati domba jantan itu dan begitu marah kepadanya. Lalu dihentamnya domba jantan itu dan dipatahkan kedua-dua tanduknya. Tidak ada kuasa pada domba jantan itu untuk bertahan di hadapannya. Kambing itu menghempaskannya ke bumi dan menginjak-injaknya. Tidak ada yang dapat melepaskan domba jantan itu daripada kuasanya.


Ketika aku mendengarnya, gementarlah jiwa ragaku, bergetar bibirku mendengar bunyinya. Kereputan menulari seluruh anggotaku tewas kakiku lalu kurebah di tempatku. Namun dengan tenang akan kunantikan hari kesesakan, yang akan mendatangi bangsa yang bergerombol menyerang kami.


Mendengar suara itu, para murid Yesus ketakutan lalu meniarap di tanah.


(Sebenarnya Petrus tidak tahu apa yang hendak dikatakannya, kerana mereka amat ketakutan.)


Saatnya akan datang, malah sudah pun sampai, ketika kamu akan bertempiaran. Kamu akan menjaga diri masing-masing, dan meninggalkan Aku keseorangan. Tetapi sebenarnya Aku tidaklah keseorangan, kerana Bapa bersama-Ku.


Supaya aku tidak terasa terlalu tinggi kerana begitu dilimpahi wahyu, aku telah diberi duri dalam daging, utusan Iblis, untuk menyakitiku.


Apabila aku melihat-Nya, rebahlah aku di kaki-Nya seolah-olah tidak bernyawa lagi. Dia meletakkan tangan kanan-Nya ke atasku lalu berfirman, “Janganlah takut! Akulah Yang Pertama dan Yang Terakhir.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan