Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 10:6 - Alkitab Versi Borneo

6 Tubuhnya seperti permata topaz, mukanya serupa kilat, matanya seperti obor menyala, lengan dan kakinya serupa gangsa yang digosok, dan bunyi kata-katanya seperti bunyi keramaian orang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Badannya bersinar-sinar seperti batu permata; mukanya seterang kilat, dan matanya menyala-nyala seperti api. Tangan dan kakinya berkilau seperti gangsa yang baru digilap, dan suaranya seperti riuh orang ramai.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Badannya bersinar-sinar seperti batu permata; mukanya seterang kilat, dan matanya menyala-nyala seperti api. Tangan dan kakinya berkilau seperti gangsa yang baru digilap, dan suaranya seperti riuh orang ramai.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 10:6
18 Iomraidhean Croise  

Manakala di baris keempat ialah topaz, oniks, dan yaspis. Kesemuanya hendaklah diikatkan bertatah emas.


Tangannya bak gandar emas, bertatahkan permata topaz. Tubuhnya bak ukiran gading, bertatah batu nilam.


Makhluk-makhluk hidup itu meluru ke sana ke mari serupa kilat.


Rupa bentuk roda-roda itu serupa permata topaz, seolah-olah roda yang satu berada di tengah-tengah roda yang lain; keempat-empatnya sama wujudnya.


Ketika mereka berjalan, bunyi sayap mereka kudengar seperti bunyi air bah, seperti suara Yang Maha Kuasa. Bunyinya riuh seperti bunyi sebuah pasukan. Ketika mereka berhenti, sayap mereka diturunkan.


Kaki mereka lurus dan telapak kaki mereka seperti telapak kaki anak lembu. Kaki mereka itu bergemerlapan seperti gangsa yang digosok.


Ketika kulihat, tampak ada empat buah roda di samping malaikat-malaikat kerubin itu, sebuah roda di samping setiap kerubin. Roda-roda itu kelihatan serupa permata topaz.


Dia membawa aku ke sana, lalu tampak seorang yang susuknya serupa tembaga, dengan benang linen dan tongkat pengukur di tangannya. Dia berdiri di pintu gerbang.


Ketika kulihat, tampak suatu susuk yang menyerupai manusia. Daripada bahagian tubuhnya yang menyerupai pinggang sampai ke bawah ada api, dan daripada bahagian pinggangnya sampai ke atas ada sesuatu seperti cahaya, serupa logam berkilau-kilauan.


Di situ Yesus berubah rupa di hadapan mata mereka. Wajah-Nya bersinar seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan.


Wajahnya laksana kilat dan pakaiannya seputih salji.


Semasa Yesus berdoa, wajah-Nya berubah dan pakaian-Nya menjadi putih berkilau-kilauan.


Setelah itu, aku melihat satu lagi malaikat yang gagah perkasa turun dari syurga, tubuhnya diliputi awan dan kepalanya dilingkari pelangi. Wajahnya bersinar seperti matahari, dan kakinya seperti tiang api.


Mata-Nya seperti nyala api, dan di atas kepala-Nya terletak mahkota yang banyak. Ada satu nama tertulis pada-Nya, yang tidak diketahui oleh sesiapa pun selain Dia.


“Kepada malaikat jemaah di Tiatira, tulislah: Inilah kata-kata daripada Anak Allah, yang mata-Nya menyala-nyala seperti api, dan kaki-Nya laksana gangsa digilap.


yang kelima batu unam, yang keenam akik merah, yang ketujuh ratna cempaka, yang kelapan firuz, yang kesembilan yakut kuning, yang kesepuluh akik hijau, yang kesebelas batu lazuardi, dan yang kedua belas batu kecubung.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan