Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 10:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Pada tahun ketiga dalam zaman pemerintahan Kores, raja Parsi, suatu hal dinyatakan kepada Daniel yang diberi nama Beltsazar. Hal itu benar dan mengenai suatu peperangan yang besar. Dia memahami hal itu dan mendapat pengertiannya melalui penglihatan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pada tahun ketiga pemerintahan Raja Kores sebagai raja Persia, suatu perkhabaran telah dinyatakan kepada Daniel yang juga dipanggil Beltsazar. Perkhabaran itu benar tetapi sangat susah difahami. Perkhabaran itu diterangkan kepada Daniel dalam satu penglihatan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pada tahun ketiga pemerintahan Raja Kores sebagai raja Persia, suatu perkhabaran telah dinyatakan kepada Daniel yang juga dipanggil Beltsazar. Perkhabaran itu benar tetapi sangat susah difahami. Perkhabaran itu diterangkan kepada Daniel dalam satu penglihatan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 10:1
28 Iomraidhean Croise  

Mimpi itu diulang sampai dua kali untuk Firaun kerana hal itu sudah ditetapkan Allah dan Allah akan melaksanakannya dengan seberapa segera.


Pada tahun pertama zaman pemerintahan Kores, raja Parsi, TUHAN menggerakkan hati Kores, raja Parsi itu, untuk memenuhi firman TUHAN yang disampaikan oleh Yeremia. Lantas raja itu menuliskan perisytiharan dan menyiarkannya di seluruh kerajaannya. Demikianlah bunyinya:


Oleh sebab itu mereka memberikan wang kepada tukang batu dan tukang kayu, juga memberikan makanan, minuman, serta minyak kepada orang Sidon dan Tirus, supaya mereka membawa kayu araz dari Lebanon ke laut dekat Yope, menepati keizinan yang diberikan kepada mereka oleh Kores, raja Parsi.


Tetapi Zerubabel, Yesua, dan para ketua kaum keluarga Israel yang lain berkata kepada mereka, “Kamu tidak ada kena-mengena dengan kami dalam urusan pembinaan bait bagi Allah kami. Kami sendirilah yang akan membinanya bagi TUHAN, Allah Israel, sebagaimana yang diperintahkan kepada kami oleh Kores, raja Parsi itu.


Sepanjang zaman pemerintahan Kores, raja Parsi, sehingga pemerintahan Darius, raja Parsi, mereka mengupah penasihat untuk menentang umat itu demi menggagalkan usaha pembinaan itu.


Para tua-tua orang Yahudi pun meneruskan pembinaan itu dengan baik, di bawah sokongan nubuat Nabi Hagai dan Zakharia anak Ido. Mereka terus membina dan menyelesaikan bait itu menurut perintah Allah Israel, serta menurut ketetapan para raja Parsi, iaitu Kores, Darius, dan Artahsasta.


Pada tahun pertama dalam zaman pemerintahan Raja Kores, raja memberikan perintah mengenai Rumah Allah di Yerusalem: Biarlah bait itu dibina semula sebagai tempat mempersembahkan korban, dan biarkan asasnya diletakkan dengan teguh. Hendaklah ketinggiannya enam puluh hasta dan lebarnya enam puluh hasta


Akulah yang berfirman tentang Kores, ‘Dialah gembala-Ku. Dia akan melaksanakan segala kehendak-Ku.’ Tentang Yerusalem ia akan berkata, ‘Kota itu akan dibangunkan kembali,’ dan tentang Bait Suci, ‘Dasarnya akan diletakkan.’ ”


Kepada keempat-empat orang muda itu Allah mengurniakan pengetahuan dan kemahiran tentang berbagai-bagai tulisan dan ilmu sementara Daniel sendiri dapat memahami berbagai-bagai penglihatan dan mimpi.


Maka Daniel tinggal di sana sampai tahun yang pertama zaman pemerintahan Raja Kores.


Ketua pegawai istana itu memberikan nama baru kepada mereka. Daniel dinamakannya Beltsazar, Hananya dinamakannya Sadrakh, Misael dinamakannya Mesakh, dan Azarya dinamakannya Abednego.


Aku datang untuk menjelaskan kepadamu apa yang akan kelak terjadi kepada bangsamu, kerana penglihatan ini berkenaan hari-hari pada masa depan.”


“Sekarang aku akan memberitahukan kebenaran kepadamu. Ketahuilah, tiga orang raja lagi akan muncul di Parsi, dan yang keempat akan mendapat kekayaan besar melebihi mereka semua. Setelah dia menjadi kuat kerana kekayaannya, dia akan mengerahkan semua orang untuk melawan kerajaan Yunani.


Tetapi engkau, Daniel, rahsiakanlah kata-kata ini dan materaikanlah kitab itu sampai akhir zaman. Ramai orang akan pergi ke sana ke mari dan pengetahuan akan bertambah.”


Jawabnya, “Pergilah, Daniel, kerana kata-kata ini akan dirahsiakan dan dimateraikan sehingga akhir zaman.


Dia mengubah waktu dan musim, Dia memecat dan melantik raja-raja. Dia mengurniakan hikmah kepada orang bijak dan pengetahuan kepada orang yang memiliki pengertian.


Akhirnya Daniel datang menghadap aku. Dia ini dinamai Beltsazar, menurut nama tuhanku, dan roh tuhan yang suci ada padanya. Aku menceritakan kepadanya mimpi itu, demikian,


Memang pada orang itu didapati roh yang luar biasa, pengetahuan, dan akal budi untuk mentafsirkan mimpi, memecahkan teka-teki, dan menghuraikan persoalan yang sulit. Dialah Daniel yang diberi nama Beltsazar oleh sang raja. Sekarang, biarlah Daniel dipanggil, maka dia akan memberitahukan tafsiran tulisan itu.”


Lalu Daniel berkata kepada raja, “Biarlah pemberian tuanku itu disimpan sahaja oleh tuanku. Biarlah hadiah tuanku itu dikurniakan sahaja kepada orang lain. Meskipun begitu, hamba akan membacakan tulisan itu bagi Raja dan memberitahukan tafsirannya.


Daniel ini berkedudukan tinggi pada masa pemerintahan Darius dan pada masa pemerintahan Kores, orang Parsi.


Lalu di antara dua tebing Sungai Ulai itu aku mendengar suara manusia yang berseru demikian, “Hai Gabriel, jelaskanlah kepada orang ini erti penglihatan itu!”


Penglihatan mengenai petang dan pagi yang telah disebutkan itu benar adanya. Tetapi engkau, rahsiakanlah penglihatan itu, kerana hal itu berkaitan dengan masa yang masih jauh.”


Ketahuilah, oleh sebab engkau tidak percaya kepada kata-kataku ini yang akan dipenuhi pada masanya, engkau akan menjadi bisu dan tidak dapat bertutur hingga pada hari semua perkara ini berlaku.”


Kemudian dia berkata kepadaku, “Tulislah: Diberkatilah mereka yang dijemput ke jamuan kahwin Anak Domba!” Katanya lagi kepadaku, “Inilah firman Allah yang benar.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan