Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 1:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Allah membuat Daniel mendapat belas kasih dan sayang daripada ketua pegawai istana itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 dan Allah menyebabkan Aspenas mengasihani dan menyayangi Daniel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 dan Allah menyebabkan Aspenas mengasihani dan menyayangi Daniel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 1:9
14 Iomraidhean Croise  

Kata lelaki itu, “Kini namamu bukan lagi Yakub tetapi Israel, kerana kamu sudah berjaya bergelut dengan Allah dan dengan manusia.”


Akan tetapi, TUHAN menyertai Yusuf dan menunjukkan kasih-Nya kepadanya lalu Dia membuat kepala penjara itu berkenan kepada Yusuf.


Ampunilah umat-Mu, yang telah berdosa terhadap Engkau, dan segala pelanggaran yang dilakukan mereka terhadap Engkau. Biarlah sesiapa yang menawan mereka berbelas kasihan terhadap mereka,


Ya Tuhan, semoga telinga-Mu mendengar doa hamba-Mu ini dan doa para hamba-Mu yang rela menghormati nama-Mu. Berikanlah kejayaan kepada hamba-Mu hari ini dan kurniakanlah belas ihsan kepadanya di hadapan orang ini.” Pada waktu itu aku menjadi jururasa santapan raja.


Tanya raja kepadaku, “Apakah yang ingin kamu minta?” Aku berdoa kepada Allah semesta langit


Gadis itu menyenangi Hegai dan memenangi hatinya. Hegai segera menyediakan segala alat persolekan dan peruntukan makanannya. Dia turut memberinya tujuh orang dayang pilihan dari istana raja dan memindahkan gadis itu bersama-sama dayang-dayangnya ke tempat yang terbaik di balai perempuan.


Tetapi Dia menyelamatkan orang melarat daripada pedang yang keluar daripada mulut mereka, bahkan daripada tangan orang yang kuat.


Dengan demikian orang miskin mempunyai harapan, dan kezaliman tutup mulut.


Dia juga menyebabkan mereka dikasihani oleh semua yang membawa mereka pergi sebagai orang tawanan.


Ketahuilah, TUHAN telah memilih orang yang warak untuk diri-Nya; TUHAN akan mendengar apabila aku berseru kepada-Nya.


Jika TUHAN berkenan kepada jalan seseorang, Dia membuat musuh orang itu pun berdamai dengannya.


Namun demikian, ketua pegawai istana berkata kepada Daniel, “Aku takut kepada Tuanku Raja, yang telah menentukan makanan dan minuman bagi kamu. Mengapa baginda harus melihat penampilanmu lebih buruk daripada para anak muda yang sebaya dengan kamu? Kamu ini membahayakan kepalaku di hadapan raja!”


dan menyelamatkannya daripada segala kesusahannya. Apabila Yusuf menghadap Firaun raja Mesir, Allah mengurniainya budi dan kebijaksanaan, sehingga raja Mesir melantiknya menjadi pemerintah yang berkuasa atas seluruh negeri itu dan istananya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan