Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 1:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Raja menetapkan bagi mereka peruntukan hidangan harian daripada santapan dan minuman anggur diraja. Mereka harus dididik selama tiga tahun, dan setelah itu mereka akan berkhidmat kepada raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Raja juga memberikan perintah agar setiap hari mereka diberikan makanan dan wain sama seperti yang diberikan kepada anggota keluarga diraja. Selepas latihan selama tiga tahun, mereka akan dihadapkan kepada raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Raja juga memberikan perintah agar setiap hari mereka diberikan makanan dan wain sama seperti yang diberikan kepada anggota keluarga diraja. Selepas latihan selama tiga tahun, mereka akan dihadapkan kepada raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 1:5
14 Iomraidhean Croise  

Yusuf berumur tiga puluh tahun ketika dia menghadap Firaun, raja Mesir. Kemudian Yusuf pergi dari hadapan Firaun dan menjelajah ke seluruh Tanah Mesir.


Berbahagialah anak buah tuan dan berbahagialah pegawai tuan ini, yang sentiasa melayani tuan serta mendengar kebijaksanaan tuan.


Raja sentiasa memberinya peruntukan makanan sekadar keperluan sehari-hari, seumur hidupnya.


Berbahagialah anak buah tuan dan berbahagialah para pegawai tuan ini, yang sentiasa melayani tuan dan mendengar kebijaksanaan tuan.


Jangan ingini makanannya yang sedap, kerana makanan itu tipuan.


Oleh sebab itu beginilah firman TUHAN, “Jika engkau mahu bertaubat, maka Aku akan memulihkan engkau sehingga engkau dapat mengabdikan diri kepada-Ku. Jika engkau mengutarakan apa yang berharga, bukan apa yang hina, maka engkau akan menjadi penyambung lidah bagi-Ku. Orang akan kembali kepadamu, tetapi engkau tidak perlu kembali kepada mereka.


Raja berbicara dengan mereka, dan antara semua orang itu tidak ada yang seperti Daniel, Hananya, Misael, dan Azarya. Maka mereka pun berkhidmat kepada raja.


Daniel bertekad untuk tidak menajiskan diri dengan santapan atau minuman anggur diraja. Oleh sebab itu dia meminta kepada ketua pegawai istana supaya diizinkan untuk tidak menajiskan diri.


Berilah kami makanan untuk hari ini.


Malaikat itu menjawab lagi, “Akulah Gabriel yang berdiri di hadirat Allah, telah diutuskan untuk menyampaikan berita baik ini kepadamu.


Berilah kami makanan setiap hari;


Kamu hendaklah sentiasa berjaga-jaga dan berdoa supaya kamu diteguhkan untuk menghadapi segala perkara yang akan terjadi itu lalu dapat berdiri di hadirat Anak Manusia.”


Lalu Saul menyuruh orang untuk menemui Isai dan berkata, “Biarlah Daud tetap berkhidmat kepadaku, kerana aku menyukainya.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan