Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 1:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Mereka itu haruslah orang muda yang sama sekali tidak ada cacat-cela, bagus perawakan, memahami segala kebijaksanaan, berpengetahuan luas, mengerti ilmu, dan yang berkemampuan untuk berkhidmat di dalam istana raja. Mereka harus diajar tulisan dan bahasa orang Kasdim.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Mereka harus kacak, berpendidikan tinggi, cerdas, dan berpengetahuan luas serta tidak cacat, supaya mereka dapat berkhidmat di istana raja. Aspenas diperintah supaya mengajar mereka membaca dan menulis bahasa Babilonia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Mereka harus kacak, berpendidikan tinggi, cerdas, dan berpengetahuan luas serta tidak cacat, supaya mereka dapat berkhidmat di istana raja. Aspenas diperintah supaya mengajar mereka membaca dan menulis bahasa Babilonia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 1:4
23 Iomraidhean Croise  

Yusuf berumur tiga puluh tahun ketika dia menghadap Firaun, raja Mesir. Kemudian Yusuf pergi dari hadapan Firaun dan menjelajah ke seluruh Tanah Mesir.


Pada waktu itu di seluruh Israel tidak ada orang yang begitu dipuji ketampanannya seperti Absalom. Dari telapak kaki sampai ubun-ubunnya dia tiada cacat cela.


Adakah engkau memperhatikan orang yang mahir dalam pekerjaannya? Dia akan menghadap raja-raja, bukan berdiri di hadapan orang bawahan.


Hikmah memberikan kekuatan kepada orang bijaksana lebih banyak daripada sepuluh orang penguasa di dalam kota.


Lalu Elyakim, Sebna, dan Yoah berkata kepada Rabshakeh, “Harap tuan bercakap kepada hamba-hambamu ini dalam bahasa Aram, kerana kami memahami bahasa itu. Janganlah tuan berkata-kata kepada kami dalam bahasa Ibrani, kerana rakyat yang berada di atas tembok itu dapat mendengarnya.”


Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan sebuah bangsa dari jauh untuk menyerang kamu, wahai keturunan kaum Israel,” demikianlah firman TUHAN, “sebuah bangsa yang kuat lagi teguh, bangsa purbakala, bangsa yang tidak kauketahui bahasanya, dan yang tidak kaufahami perkataannya.


Jawab orang Kasdim itu kepada raja, “Tidak ada seorang pun di bumi ini yang sanggup memenuhi permintaan Raja! Tidak pernah raja mana-mana pun yang besar dan berkuasa meminta yang demikian daripada ahli ilmu ghaib, ahli mantera, atau orang Kasdim mana pun!


Raja memanggil para ahli ilmu ghaib, para ahli mantera, para tukang faal, dan orang Kasdim untuk memberitahunya apa yang dimimpinya itu. Maka datanglah mereka dan berdiri di hadapan raja.


Pada waktu itu juga, datanglah beberapa orang Kasdim melontarkan tuduhan terhadap orang Yahudi.


Maka datanglah para ahli ilmu ghaib, para ahli mantera, orang Kasdim, dan para jurufaal. Aku menceritakan mimpi itu kepada mereka, tetapi mereka tidak dapat memberitahukan tafsirannya kepadaku.


Dalam kerajaan tuanku ada seorang yang memiliki roh tuhan yang suci. Pada zaman leluhur tuanku telah didapati bahawa orang itu mempunyai wawasan, akal budi, dan kebijaksanaan seperti kebijaksanaan tuhan. Raja Nebukadnezar, leluhur tuanku, ya, leluhur tuanku, sang raja itu, menjadikan dia ketua para ahli ilmu ghaib, para ahli mantera, orang Kasdim, dan para jurufaal.


Raja berseru dengan suara nyaring supaya para ahli mantera, orang Kasdim, dan para jurufaal dibawa menghadap. Kata raja kepada orang bijak di Babel itu, “Sesiapa pun yang dapat membaca tulisan ini dan memberitahukan tafsirannya kepadaku, kepadanya akan dipakaikan pakaian ungu dan lehernya akan dikalungkan rantai emas. Dia akan menjadi pemerintah yang ketiga dalam kerajaan ini.”


Pada tahun yang pertama dalam zaman pemerintahan Darius anak Ahasyweros, daripada keturunan orang Media, yang telah dijadikan raja kerajaan orang Kasdim.


Kepadanya dikatakan, “Larilah, katakanlah kepada pemuda itu, ‘Yerusalem akan berdiri seperti kampung tidak bertembok kerana ramainya manusia dan binatang di dalamnya.


Pada masa itulah Musa dilahirkan, seorang bayi yang elok di mata Allah. Dia dipelihara di rumah bapanya selama tiga bulan.


Musa menjadi arif dalam segala ilmu pengetahuan serta kebijaksanaan orang Mesir dan menjadi seorang yang sangat handal, baik dari segi perkataan mahupun perbuatan.


dan menghadapkannya kepada diri-Nya sebagai jemaah yang mulia, tanpa cela atau kerut, tetapi suci dan tidak bercela.


Kemudian dia bertanya kepada Zebah dan Salmuna, “Bagaimanakah rupa orang yang telah kamu bunuh di Tabor itu?” Jawab mereka, “Mereka itu serupa dengan engkau, masing-masing mirip seperti anak raja.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan