Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 1:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Tuhan menyerahkan Yoyakim, raja Yehuda, ke dalam tangannya berserta sebahagian daripada perkakas-perkakas Rumah Allah. Nebukadnezar membawa kesemua itu ke Tanah Sinear, ke kuil dewanya. Perkakas-perkakas itu dimasukkan ke dalam tempat perbendaharaan dewanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Tuhan membenarkan Raja Nebukadnezar menawan Raja Yoyakim dan merampas sebahagian daripada barang-barang berharga di Rumah TUHAN. Raja Nebukadnezar membawa bersama-samanya beberapa orang tawanan dan menempatkan mereka di kuil dewa-dewanya di Babel. Baginda menyimpan barang-barang berharga itu di dalam gudang-gudang kuil.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Tuhan membenarkan Raja Nebukadnezar menawan Raja Yoyakim dan merampas sebahagian daripada barang-barang berharga di Rumah TUHAN. Raja Nebukadnezar membawa bersama-samanya beberapa orang tawanan dan menempatkan mereka di kuil dewa-dewanya di Babel. Baginda menyimpan barang-barang berharga itu di dalam gudang-gudang kuil.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 1:2
30 Iomraidhean Croise  

Wilayah utama kerajaannya terdiri daripada Babel, Erekh, Akad, dan Kalne, yang kesemuanya terletak di Tanah Sinear.


Sewaktu perjalanan mereka ke sebelah timur, mereka menemukan dataran di Tanah Sinear lalu menetaplah mereka di situ.


Pada zaman pemerintahan Yoyakim, majulah Nebukadnezar, raja Babel. Tiga tahun lamanya Yoyakim menjadi taklukannya, tetapi kemudian dia berbalik dan memberontak melawan Nebukadnezar.


Yoyakim berumur dua puluh lima tahun pada waktu dia menaiki takhta, dan dia bertakhta selama sebelas tahun di Yerusalem. Dia melakukan apa yang jahat di mata TUHAN, Allahnya.


Nebukadnezar juga membawa sebahagian daripada alat kelengkapan Bait TUHAN ke Babel dan menaruhnya di kuil dewanya di Babel.


Raja Kores juga mengeluarkan segala wadah bagi Bait TUHAN yang dahulunya dibawa pergi oleh Nebukadnezar dari Yerusalem dan yang kemudian disimpannya di dalam kuil tuhannya.


Pada waktu itu, Tuhan akan menghulurkan tangan-Nya lagi untuk menebus saki-baki umat-Nya yang masih tertinggal, iaitu dari Asyur, dari Mesir, dari Patros, dari Kush, dari Elam, dari Sinear, dari Hamat, dan dari pulau-pulau di laut.


Siapakah yang menyerahkan Yakub untuk menjadi jarahan, dan Israel kepada para perampas? Bukankah TUHAN, yang terhadap-Nya kita telah berdosa? Mereka tidak mahu menempuh jalan-jalan-Nya dan tidak mahu mentaati perintah-Nya.


Pada tahun keempat pemerintahan Yoyakim anak Yosia, raja Yehuda, iaitu tahun pertama pemerintahan Nebukadnezar, raja Babel, datanglah firman kepada Yeremia mengenai seluruh rakyat Yehuda.


Aku pun berbicara kepada para imam dan kepada seluruh rakyat itu demikian, “Beginilah firman TUHAN: Jangan dengarkan perkataan para nabimu yang menyampaikan nubuat kepadamu, ‘Sesungguhnya, segala alat kelengkapan Bait TUHAN akan segera dikembalikan dari Babel.’ Mereka menyampaikan nubuat dusta kepadamu.


Dalam dua tahun ini Aku akan mengembalikan ke tempat ini segala alat kelengkapan Bait TUHAN yang telah diambil dari tempat ini oleh Nebukadnezar, raja Babel, dan yang dibawanya ke Babel.


Namun begitu, pada waktu Nebukadnezar raja Babel maju menyerang negeri ini, kami berkata, ‘Mari kita pergi ke Yerusalem untuk menghindari pasukan orang Kasdim dan pasukan orang Aram.’ Itulah sebabnya kami tinggal di Yerusalem.”


“Beritahukanlah dalam kalangan bangsa, khabarkanlah, dan angkatlah panji-panji. Khabarkan dan jangan sembunyikan, katakanlah, ‘Babel telah direbut. Dewa Bel malu, Dewa Merodakh ketakutan. Patung-patungnya malu, berhala-berhalanya terkejut.’


Aku akan menghukum Dewa Bel di Babel, dan Aku akan mengeluarkan daripada mulutnya apa yang ditelannya. Bangsa-bangsa tidak akan berduyun-duyun lagi mendatanginya, tembok Babel pun akan roboh.


Maka Daniel dibawa menghadap raja. Kata raja kepada Daniel, “Engkaukah Daniel, salah seorang buangan daripada bani Yehuda yang dibawa ke mari oleh sang raja, leluhurku, dari Yehuda?


Ya Tuanku Raja, Allah Yang Maha Tinggi telah mengurniakan kerajaan, keagungan, kemuliaan, dan kebesaran kepada Nebukadnezar, ayahanda tuanku.


Itulah sebabnya dia mempersembahkan korban bagi jaringnya dan membakar dupa bagi pukat tariknya, kerana semua peralatannya itu membolehkannya mendapat bahagian yang lumayan dan makanan yang mewah.


Jawabnya kepadaku, “Ke Tanah Sinear, untuk membina sebuah rumah bagi perempuan itu. Setelah siap, dia akan ditempatkan di sana, di tempatnya sendiri.”


Bagaimana mungkin seorang dapat mengejar seribu orang, atau dua orang dapat menyebabkan sepuluh ribu orang lari, kalau mereka tidak dijual oleh Batu Pejal mereka? TUHAN telah menyerahkan mereka!


Maka bangkit serta maraklah kemurkaan TUHAN terhadap orang Israel lalu Dia membiarkan mereka dianiayai para penjarah. Seterusnya Dia menjual mereka kepada para musuh sehingga mereka tidak sanggup lagi bertahan menghadapi musuh mereka itu.


Atas amarah TUHAN terhadap orang Israel, mereka terjual kepada Kusyan-Risyataim, raja Aram-Mesopotamia yang menguasai orang Israel selama lapan tahun.


Lalu TUHAN menyerahkan mereka ke dalam tangan Yabin, raja bani Kanaan, yang bertakhta di Hazor. Panglima tenteranya ialah Sisera yang diam di Haroset-Hagoyim.


Kemudian orang Filistin membawa tabut Allah itu masuk ke kuil Dagon, dan meletakkannya di samping patung Dagon itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan