Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Daniel 1:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Pada tahun ketiga dalam zaman pemerintahan Yoyakim, raja Yehuda, datanglah Nebukadnezar, raja Babel, ke Yerusalem lalu mengepung kota itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pada tahun ketiga pemerintahan Yoyakim sebagai raja Yehuda, Raja Nebukadnezar, raja Babilonia menyerang Yerusalem dan mengepung kota itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pada tahun ketiga pemerintahan Yoyakim sebagai raja Yehuda, Raja Nebukadnezar, raja Babilonia menyerang Yerusalem dan mengepung kota itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Daniel 1:1
14 Iomraidhean Croise  

Yoyakim berumur dua puluh lima tahun pada waktu dia menaiki takhta, dan dia bertakhta di Yerusalem selama sebelas tahun. Nama ibunya ialah Zebuda anak Pedaya, dari Ruma.


Seperti yang telah difirmankan TUHAN, Nebukadnezar mengeluarkan dari sana semua perbendaharaan Bait TUHAN dan perbendaharaan istana raja, lalu mengerat segala perkakas emas Bait Suci TUHAN yang dibuat oleh Salomo, raja Israel.


Selain itu, daripada kalangan anak yang akan dilahirkan bagimu, iaitu keturunanmu, beberapa orang akan diambil untuk menjadi sida-sida di istana raja Babel.”


Pada tahun keempat pemerintahan Yoyakim anak Yosia, raja Yehuda, iaitu tahun pertama pemerintahan Nebukadnezar, raja Babel, datanglah firman kepada Yeremia mengenai seluruh rakyat Yehuda.


Demikianlah firman yang turun daripada TUHAN kepada Yeremia pada zaman Yoyakim anak Yosia, raja Yehuda,


Namun begitu, pada waktu Nebukadnezar raja Babel maju menyerang negeri ini, kami berkata, ‘Mari kita pergi ke Yerusalem untuk menghindari pasukan orang Kasdim dan pasukan orang Aram.’ Itulah sebabnya kami tinggal di Yerusalem.”


Pada tahun keempat zaman pemerintahan Yoyakim anak Yosia, raja Yehuda, datanglah firman ini daripada TUHAN kepada Yeremia,


Inilah firman yang disampaikan oleh Nabi Yeremia kepada Barukh anak Neria pada tahun keempat zaman pemerintahan Yoyakim anak Yosia, raja Yehuda, ketika Barukh menuliskan perkataan-perkataan tersebut dalam sebuah kitab langsung daripada penuturan Nabi Yeremia,


Firman yang disampaikan TUHAN mengenai Babel, iaitu mengenai tanah orang Kasdim, dengan perantaraan Nabi Yeremia,


Dalam tahun kesembilan belas zaman pemerintahan Raja Nebukadnezar, raja Babel, tepatnya pada hari kesepuluh dalam bulan kelima, datanglah Nebuzaradan, kepala pasukan pengawal yang melayani raja Babel, ke Yerusalem.


Inilah jumlah rakyat yang diangkut ke tempat pembuangan oleh Nebukadnezar: Pada tahun ketujuh: 3,023 orang Yehuda.


Maka Daniel dibawa menghadap raja. Kata raja kepada Daniel, “Engkaukah Daniel, salah seorang buangan daripada bani Yehuda yang dibawa ke mari oleh sang raja, leluhurku, dari Yehuda?


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan