Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ayub 8:9 - Alkitab Versi Borneo

9 kerana kita ini baru lahir semalam dan tidak tahu apa-apa, hari-hari kita di bumi seperti bayang-bayang sahaja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Hidup kita singkat sekali dan kita tidak tahu apa-apa; kita berlalu seperti bayang-bayang di dunia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Hidup kita singkat sekali dan kita tidak tahu apa-apa; kita berlalu seperti bayang-bayang di dunia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ayub 8:9
14 Iomraidhean Croise  

Jawab Yakub kepada Firaun, “Umur hamba sebagai pendatang di dunia ini sudah seratus tiga puluh tahun. Tempoh usia hamba singkat dan susah, tidak seperti tempoh kehidupan nenek moyang hamba ketika mereka menjadi pendatang di dunia ini.”


Kami ialah pendatang dan perantau di hadapan-Mu, sama seperti semua nenek moyang kami. Hari-hari kami di bumi seperti bayang-bayang dan tidak ada harapan.


Kemudian Raja Rehabeam berunding dengan para tua-tua yang dahulu melayani Salomo, ayahnya, sewaktu Salomo masih hidup. Tanyanya, “Apakah nasihatmu untuk menjawab rakyat ini?”


“Manusia, yang dilahirkan oleh perempuan, singkat umurnya dan penuh keresahan.


Dia tumbuh seperti bunga, lalu layu. Dia menghilang seperti bayang-bayang dan tidak selamanya ada.


Fikirku, ‘Yang berumurlah yang harus berbicara, yang banyak tahunnyalah yang harus mengajarkan hikmah.’


Hari-hariku lebih cepat daripada torak penenun, dan berakhir tanpa pengharapan.


Bukankah mereka yang harus mengajar engkau, bercakap kepadamu, dan mengutarakan kata-kata daripada hati mereka?


Hidupku seperti bayang-bayang memanjang; dan aku layu seperti rumput.


Tetapi Engkau, ya TUHAN, akan kekal selama-lamanya; dan nama-Mu diingati turun-temurun zaman-berzaman.


Manusia seperti sehembus nafas; hidupnya seperti bayang-bayang lalu.


Sememangnya Engkau telah membuat hidupku begitu singkat; dan usiaku bagaikan tiada bagi-Mu. Sebenarnya manusia dalam keadaan terbaik pun hanyalah sehembus nafas. Sela


“Mereka tidak tahu, dan tidak mengerti. Mereka merayau dalam kegelapan; semua asas bumi sudah goyah.”


Kerana seribu tahun pada pandangan-Mu ialah seperti satu hari yang berlalu, dan seperti sebahagian malam.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan