Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ayub 8:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Mungkinkah Allah memesongkan keadilan? Mungkinkah Yang Maha Kuasa memesongkan kebenaran?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Allah tidak pernah memutarbalikkan keadilan; Dia tidak pernah gagal melakukan hal yang benar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Allah tidak pernah memutarbalikkan keadilan; Dia tidak pernah gagal melakukan hal yang benar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ayub 8:3
29 Iomraidhean Croise  

Engkau sekali-kali tidak akan melakukan hal itu, membunuh orang benar bersama-sama orang fasiq, sehingga orang benar itu disamakan dengan orang fasiq. Engkau sekali-kali tidak akan melakukan sedemikian! Bukankah Hakim semesta bumi akan berlaku adil?”


Sekarang, hendaklah kamu takut kepada TUHAN. Bekerjalah dengan berhati-hati, kerana pada TUHAN, Allah kita, tidak ada kecurangan, hal memandang bulu, atau menerima rasuah.”


Adakah baik bagi-Mu bahawa Engkau menindas aku, bahawa Engkau memandang hina karya tangan-Mu, sementara Engkau menerangi rancangan orang fasiq?


ketahuilah sekarang bahawa Allah telah membengkokkan perkaraku dan melingkupi aku dengan jaring-Nya.


Sesungguhnya, aku berseru, ‘Kekerasan!’ tetapi aku tidak dijawab. Aku berteriak minta tolong tetapi tidak ada keadilan.


Apakah Yang Maha Kuasa itu sehingga kami harus beribadat kepada-Nya? Apa faedahnya bagi kami kalau kami berdoa kepada-Nya?’


Biarlah matanya sendiri melihat kebinasaannya, biarlah dia sendiri minum daripada murka Yang Maha Kuasa,


Ayub berkata, ‘Aku benar, tetapi Allah telah mengambil hakku.


Sungguh, teriakan kosong tidak didengar Allah, Yang Maha Kuasa tidak menghiraukannya.


Siapakah menentukan jalan bagi-Nya? Siapakah yang dapat berkata, ‘Engkau telah berbuat zalim’?


Aku akan menimba pengetahuanku dari jauh, dan akan menyatakan Penciptaku benar.


Yang Maha Kuasa tidak dapat kita fahami. Besar kekuatan dan keadilan-Nya. Dalam perbenaran-Nya yang berlimpahan, Dia tidak pernah menindas.


‘Mungkinkah manusia lebih benar daripada Allah? Mungkinkah manusia lebih suci daripada Allah?’


“Adakah si penuduh mahu berbantah melawan Yang Maha Kuasa? Biarlah dia yang menegur Allah menjawab!”


Apakah engkau mahu membatalkan pengadilan-Ku? Apakah engkau mahu mempersalah Aku supaya engkau benar?


“Sesungguhnya, aku tahu sedemikian halnya. Tetapi bagaimana mungkin seorang manusia benar di hadapan Allah?


Perbenaran dan keadilan adalah asas takhta-Mu; kasih dan kesetiaan berjalan di hadapan-Mu.


Kekuatan Raja cinta akan keadilan — Engkau telah mengasaskan kesaksamaan; Engkau telah melakukan yang benar dan adil dalam Yakub.


Namun demikian, kamu berkata, ‘Jalan Tuhan itu tidak adil.’ Dengarlah, wahai keturunan kaum Israel, adakah jalan-Ku tidak adil? Bukankah jalan-jalanmu yang tidak adil?


Akan tetapi, orang sebangsa denganmu berkata, “Jalan Tuhan tidak adil.” Padahal, jalan merekalah yang tidak adil.


Walaupun demikian, kamu berkata, “Jalan Tuhan tidak adil.” Oleh itu, Aku akan menghakimi kamu menurut perilaku masing-masing, wahai keturunan kaum Israel.’ ”


Oleh sebab itu TUHAN bersiap sedia dengan malapetaka itu dan mendatangkannya terhadap kami, kerana TUHAN, Allah kami, sememangnya benar dalam segala perbuatan yang dilakukan-Nya, tetapi kami tidak mematuhi-Nya.


Dengan hati batumu yang tidak bertaubat, kamu mengumpul musibah kemurkaan Allah yang akan menimpamu pada hari kemurkaan dan ternyatanya hukuman Allah yang adil.


Dialah Batu Pejal yang sempurna pekerjaan-Nya kerana adil segala jalan-Nya. Allah yang setia, tanpa kecurangan. Dia adil dan benar.


Mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba: “Agung dan ajaib pekerjaan-Mu, Tuhan, Allah Maha Kuasa! Benar dan adil setiap jalan-Mu, Ya Raja segala bangsa!


Aku mendengar suatu suara lagi dari mazbah berkata, “Sememangnya, Tuhan Allah Maha Kuasa, penghakiman-Mu benar dan adil.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan